Khamis, 9 Disember 2010

KJ @ KHAIRY JAMALUDDIN –Ketua Pemuda UMNO Malaysia.



Selepas PRU 11, nama khairy aka bro khairy semakin menyerlah. Beliau semakin disuluhi oleh akhbar2 utama dalam Negara terutamanya semasa kempen pilihanraya ke-12. Namanya juga meletup semasa pemerintahan PAK LAH aka bapa mertuanya. Namanya juga meletup bila mana Tun Dr Mahathir memanggilnya Budak Tingkat 4.

Namanya juga menjadi tersohor semasa pemilihan UMNO baru-baru. Tersohor kerana dikatakan menyogok perwakilan dalam mendapat kedudukan ketua pemuda.

Boleh dikatakan dari awal kemunculannya sehinggalah sekarang, kontroversi tentangnya sentiasa ada. Malahan, sehingga hari ini pun masih kedengaran suara-suara yang tidak menyenangi akan kehadiran bro khairy di dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO.

Saya sentiasa mengikuti perkembangan penulisan rakan-rakan blogger yang lain. Dari awal PRU11 sehingga kini mereka dengan kosisten menolak Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda UMNO Malaysia. Mereka bukanlah blogger yang pro pembangkang, tetapi sentiasa mempertahankan maruah UMNO walau dengan apa cara sekali pun. Namun demikian, berlainan pula penulisan mereka tentang KJ.

Mereka tidak memberi sedikit pun ruang tolak ansur kepada KJ dalam penulisan mereka.

Begitu juga cerita mulut ke telinga. Kebanyakkan pemuda menyatakan hasrat mereka untuk tidak memilih KJ sebagai ketua mereka. Jika itu yang diperkatakan oleh pemuda yang menyokong BN/UMNO, apatah lagi pemuda-pemuda yang dikatakan atas pagar dan yang terang-terangan menyokong pembangkang.

Jika diteliti sedalam-dalamnya, KJ boleh diupamakan seperti bebanan kepada UMNO terutamanya kepada pergerakkan pemuda. Cerita KJ ini seupama rumah siap tapi pahat masih berbunyi.

Saya tidak menolak KJ dan saya juga tidak membenci KJ. Saya hanya mahukan kepastian adakah KJ ini benar-benar ditolak atau diterima oleh pemuda-pemuda Negara sebagai ketua mereka/?/

Status KJ sebagai ketua pemuda yang BERSIH, BERKEMAMPUAN dan BERDIKARI amat penting sekali bagi kami selaku pemuda. Ianya perlulah dibuktikan oleh KJ sendiri dan bukanlah orang lain.

Pemilihan semula pergerakkan pemuda UMNO nampaknya sudah menjadi WAJIB diadakan dalam konteks KJ @ KHAIRY. Pemilihan semula ini akan menyelesaikan banyak perkara sama ada terhadap KJ itu sendiri, persepsi terkini pemuda-pemuda, pejuang alam maya dan juga terhadap UMNO keseluruhannya.

Kita akan terima siapa sahaja yang menang asalkan ianya tidak kedengaran pasal politik wang, pilih kasih atau pun campur tangan dari mana-mana pihak. Tidak kira dari presiden, timbalan presiden, bapa mertua atau pun anasir-anasir dari luar.

Campur tangan akan menyebabkan timbul lagi suara-suara menentang seperti yang dialami oleh KJ sehingga kini.

Jika ditakdir KJ dipilih semula, kita tetap menerimanya dgn hati terbuka dan saya pasti namanya akan terus dijulang sebagai ketua yang bermaruah, yang dihormati dan berani.

PRU 13 semakin hampir... sekiranya pucuk pimpinan tidak melakukan apa-apa tentang ini, saya percaya akan berlaku sedikit sebanyak bilangan undi jika ‘tubuh badan’ KJ dijadikan bahan kempen sama ada oleh pembangkang atau pun pemuda UMNO itu sendiri.

Terus terang saya katakana di sini, kita bukanlah sayangkan KJ, bukan sayangkan Presiden, bukan sayang timbalan presiden atau sayangkan tubuh badan pemimpin...saya sayangkan UMNO. Pemimpin datang dan pergi, tetapi UMNO tetap di situ. Jatuh bangun UMNO adalah bergantung kepada pemimpinnya.

Jika pelapisnya sudah tidak diterima atau diragui kepimpinannya, APA AKAN JADI DENGAN UMNO sekiranya pemimpin sedia ada bersara kelak.

Bersihkanlah UMNO dan SELAMATKANLAH UMNO.

2 ulasan:

KZSO berkata...

Saudara, kami the silent majority tidak mahu kj berada dipersada politik umno bukan mcm saudara dlm tersirat mahu kj kekal di dlm pemuda dan politik umno dan negara. Telalu banyak onar dan kerosakan dilakukan oleh beliau sehingga beliau merupakan salah satu sbb kuasa melayu terhakis dlm pru yg lepas! Tak payahlah merayu dan berkempen utk kj lagi. FULLSTOP!

PAKCIK berkata...

terima kasih saudara KZSO atas ketegasan saudara...untuk makluman saudara, saya juga tidak akan mempertahankan KJ sekiranya beliau ditolak oleh majoriti pemuda....saya cuma berharap pemimpin atasan menilai semula kedudukan KJ ini dgn mengambil kira semua aspek...jika beliau ditolak oleh majoriti...kenapa kita perlu mempertahankannya...berilah peluang kepada org yg lebih layak....ikut matlamat saya.