Khamis, 4 Jun 2009

RUNTUH – 2



Stadium Runtuh. Satu tamparan hebat kepada masyarakat pembinaan dalam Negara. Pelbagai spekulasi dikeluarkan. Tunding -menunding dan kepelbagaian tuduhan diberikan oleh semua pihak.

KES !

Pada 2001, satu kontraktor diberikan kontrak untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan jalan raya Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang secara kovensional kontrak. Kontraktor telah meminta daripada JKR untuk mengubah kontrak daripada kovensional kepada Design & Build. Dengan alasan projeknya lambat kerana karenah pihak perunding.

JKR terminate perunding dan menukar kontrak. Pihak kontraktor diberi kuasa penuh untuk melantik pihak perunding. Rekabentuk ditukar mengikut kehendak kontraktor dalam meminimumkan kos, pengurusan dan pekerja. Kakitangan kontraktor diserapkan kedalam organisasi perunding untuk urusan pemantauan kerja @ tali barut.

Walau pun jalan tersebut disiapkan mengikut masa yang ditetapkan, kerosakan masih lagi berlaku sehingga ke hari ini.

Begitu juga dengan jalan dari Bentong ke Raub. Naik kereta seperti berada dalam kapal laut. Jalannya seperti ombak.

KES !!

tahun 2006, satu kontraktor diberikan kontrak secara konvensional untuk menyiapkan laluan yang sama tetapi berhampiran sempadan Terengganu. Kontraktor utama menjualnya kepada sub-kontraktor secara keseluruhan yang dikenali sebagai istilah Total Sub.

Oleh kerana kontrak tersebut dilakukan pada tahun 2004, maka pihak sub-kontraktor memohon untuk dikaji semula akan harga kontrak tersebut. Sub-kontraktor melambatkan kerja dan kontraktor utama dihentikan. Projek ditender semula dan dianugerahkan kepada sub kontraktor tadi.

Sub-Con. menjadi Main Con dengan harga kontrak yang baru dan lebih tinggi. Kontraktor tersebut tidak pernah melakukan kerja pembinaan lebuhraya dan juga tidak pernah menjalankan projek bernilai beratus juta ringgit.

Tiada kakitangan, tiada jentera, tiada peralatan dan semuanya adalah kurang. Projek semakin sakit dan mereka tidak peduli. Alasan kontraktor, mereka mempunyai orang kuat dalam kabinet dan jabatan kerajaan.

Perunding dan pegawai S.O dilantik tidak berani mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka.

Walaupun mereka tiada keupayaan dalam melaksanakan projek tersebut, namun mereka masih lagi mendapat kontrak kerja yang lain yang keseluruhannya bernilai hampir mencecah setengah bilion ringgit.

KES !!!

Setiap kontraktor besar mempunyai orang kuat atau pun kabel dalaman yang cukup besar. Orang dalaman ini memainkan peranan penting dalam menganugerahkan kontrak kerja kepada mereka. Bagi satu-satu kontrak ,kontraktor perlu membelanjakan sehingga mencecah berjuta ringgit kepada individu tertentu.

Mereka akan menggunakan nama individu tersebut dalam memberi ugutan terhadap pihak lain sama ada perunding atau pun pegawai kerajaan yang dilantik.

Pernah terjadi seseorang pegawai tertinggi kerajaan yang juga menjadi Non-Executive Director bagi satu syarikat kontraktor mengarahkan kepada pegawai S.O di tapak agar bayaran tuntutan kepada kontraktor-NYA tidak dipotong.

KES !!!!

Saya pernah bekerja sebagai kakitangan perunding di ibu negara yang menjalankan projek yang dipanggil elevated highway. Oleh kerana perunding dilantik oleh kontraktor, maka tangan kaki mulut telah diikat. Walau pun nasihat secara bertulis diberikan, mereka tetap tidak mendengarnya.

Ugutan terhadap mana-mana Resident Engineer (RE) bagi projek-projek Design & Build amat mengecewakan sekali. Jika mereka tidak mengikut kehendak kontrktor, mereka akan diminta berhenti atau ditukarkan.

Kontraktor melakukan kerja tanpa pengawasan dan spesifikasi yang betul. Apa yang penting mereka dapat menyudahkan kerja secepat mungkin.

KES !!!!!

Semasa bekerja dengan syarikat kontraktor di salah satu projek lebuh raya pantai timur (fasa 2), pihak perunding tidak dapat memainkan peranan mereka dengan secara total. Kakitangan pasukan pengawas adalah terdiri daripada mereka ( Assistant Resident Engineer & Clerk-of-Works) yang langsung tiada pengalaman dalam kerja-kerja tersebut.

Tujuan perunding melakukan sedemikian adalah bertujuan untuk mengurangkan kos pengurusan. Kos keseluruhan yang mereka dapat dari pihak kerajaan adalah amat kecil berbanding dengan kos projek.

Kemudahan untuk tujuan pengawasan adalah amat minimum dan terhad sekali. Mereka dibekalkan dengan kemudahan yang bertaraf tiada kelas maka dengan itu hasilnya pada projek juga merupakan tiada kelas.

KES !!!!!!

Kontraktor yang dilantik secara rundingan terus amat besar kepala. Semua orang dilanggar olehnya. Setakat ikan bilis yang berada di tapak, mereka tidak pandang satu sen pun.

KES !!!!!!!

Satu syarikat pembinaan yang berhasrat untuk mendapatkan tender projek. Walau pun pada dasarnya harga mereka adalah berpatutan, tetapi hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana sudah ada ’Buaya di dalam’ yang sedia menunggu. Walau pun diiklankan di akhbar, namun projek tersebut akan diberikan kepada kontraktor tertentu yang merupakan anak kepada ’si buaya’ tersebut.


………………………

Berdasarkan kes-kes yang disebut diatas, sesungguhnya kesilapan adalah bermula dari atas ( peringkat tertinggi).

1.Campurtangan ahli politik dalam pemberian projek

2.Ahli lembaga pengarah terdiri daripada orang politik/pegawai kerajaan.

3.Projek dianugerahkan kepada kontraktor yang tiada keupayaan

4.Projek secara Design & Build memberi kuasa kepada kontraktor untuk melantik perunding.

5.Bagi projek secar akonvensional, pihak perunding tidak diberikan peruntukkan dari segi kos atau pun kuasa yang sewajarnya bagi melakukan kerja-kerja pengawasan.

6.Pegawai kerajaan atau wakil tapak yang telah disuap akan mengikut segala kehendak pihak kontraktor.

7.kakitangan yang diambil oleh kedua-dua pihak ( kontraktor & Perunding ) merupakan kakitangan yang tiada pengalaman dan jika pun ada pengalaman, mereka tidak dibayar dengan harga setimpal ( kelas pertama ).

8.tiadanya pihak ketiga yang memeriksa setiap rekabentuk.

Pihak kerajaan yang terlalu percayakan kontraktor dan menjadikan pihak perunding sebagai anak tiri adalah satu penyakit yang telah lama berlaku dalam system pembinaan dalam Negara.

Pihak kerajaan yang terlalu percayakan kontraktor telah menyebabkan pihak kontraktor menjadi besar kepala.

………………………….






0 ulasan: