Khamis, 18 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN : Apa yang tersirat ????


Ianya satu ‘cadangan’ atau ‘cita-cita’ atau ‘medan’ bagi menguji akan sesuatu yang kabur. Ianya keluar dari mulut TG Hj Hadi selaku Presiden PAS dalam ucapannya di Mukmar PAS baru-baru ini. Ia juga telah di sokong oleh Ustaz Nasharudin selaku Timbalan Presiden.

‘cadangan’ itu telah mencetuskan perdebatan hangat dikalangan pemimpin politik dan juga rakyat. jika dilihat pada perkembangan semasa, kebanyakkan ahli PAS menolak cadangan tersebut kerana kerjasama itu melibatkan pihak musuh ketat mereka iaitu UMNO.

‘Kerajaan Perpaduan’ yang ‘dicadangkan’ itu sebenarnya masih tiada apa-apa dan masih lagi sebagai ‘ucapan’ atau kata-kata semata-mata . Pihak-pihak yang terlibat masih lagi tidak bertemu mata bagi membincangkannya dengan lebih lanjut. ‘Cadangan’ itu masih kabur dan tidak mendapat gambaran yang jelas daripada pencadangnya.

‘Cadangan’ itu juga telah mendapat reaksi yang berbagai-bagai oleh semua pihak.

Pihak yang memanggil mereka sendiri dengan pakatan rakyat telah terang-terangan menolaknya. Begitu juga dengan sesetengah orang dari PAS atau pun UMNO.

Selaku Presiden parti dan orang lama dalam politik terutamanya dalam pembangkang, ‘cadangan’ yang ‘dicadangkan’ oleh Tuan Guru Hj Hadi sepatutnya dilihat dalam aspek yang lebih luas oleh ahli atau pun pemerhati politik.

Kita seharusnya tidak menolak atau menerima ‘bulat-bulat’ akan ‘cadangan’ yang dicadangkan itu. ‘Timbang-tara’ seharusnya dilakukan dengan seadanya.

Apakah tujuan sebenarnya dan apakah yang tersirat dari ‘cadangan’ kerajaan perpaduan itu?

Kita sedia maklum bahawasanya Datuk Husam, Tuan Guru Nik Aziz serta beberapa pemimpin PAS yang lain secara terang-terangan menolak akan idea itu sebelum ianya diumumkan oleh Tuan Guru Hj Hadi di dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Persoalannya, jika sudah diketahui bahawasanya idea tersebut telah ditentang; mengapa Tuan Guru Hj Hadi masih tetap menyatakannya di dalam Muktamar baru-baru ini?


Persoalan demi persoalan timbul terhadap rasionalnya ‘cadangan’ itu dikemukakan oleh beliau dipentas Muktamar tersebut.

1. Adakah Beliau ingin menguji sejauh mana sokongan ahli terhadapnya.

2. Adakah Beliau ingin menguji akan pemikiran ahli-ahli PAS.

3. Adakah beliau ingin tunjukkan kepada umum bahawasanya walaupun dilantik sebagai ‘Presiden’, namun hakikatnya beliau tidak berkuasa atau dipandang di dalam PAS.

4. Adakah beliau ingin menguji keterbukaan pihak PAS dan juga UMNO.

5. Adakah beliau ingin menguji sokongan terhadap TG Nik Aziz.

6. Adakah beliau ingin menguji tindakbalas rakyat akan ‘cadangan’nya itu.

7. Adakah beliau memberi isyarat awal (secara halus) agar perwakilan menolak mana-mana pihak yang digelar Erdogan yang sedang membiak dalam PAS.

8. Adakah beliau sedang menguji keikhlasan rakan ‘Pakatan rakyat’.

9. Adakah beliau merasakan sudah tiba masanya untuk beliau menyatukan orang melayu.

10. Adakah beliau cuba untuk melakukan sesuatu yang selaras prinsip Islam kerana tidak mahu menjawabnya di akhirat nanti.

11. Adakah ini salah satu rahsia strategi politik beliau yang tiada siapa tahu.

12. Adakah..adakah..dan banyak lagi persoalan dan andaian yang boleh dibangkit terhadap isu ini.

Selain itu, selepas kenyataan tentang ‘cadangan’ itu, beliau telah menyepi dan tiada kenyataan susulan yang berkaitan dikeluarkan oleh beliau. Kenyataan-kenyataan tentang ‘cadangan’ hanya dikeluarkan oleh Ustaz Nasharudin selaku Timbalannya.

Jika dilihat pada scenario kini, Tuan Guru Nik Aziz telah menghalakan tembakannya terhadap Ustaz Nasharudin selaku Timbalan Presiden. Padahal, pokok pangkalnya ‘cadangan’ itu dinyatakan oleh Tuan Guru Hj Hadi. Di sini timbul pula persoalan, kenapa Tuan Guru Nik Aziz tidak menghalakan tembakannya terhadap Tuan Guru Hj Hadi.

Saya percaya, selaku Timbalan, Ustaz Nasharudin akan bertindak mempertahankan apa sahaja kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Presidennya. Beliau tidak salah dalam hal ini. Ketaatannya terhadap pemimpinnya haruslah dipuji oleh semua orang. Tuan Guru Nik Aziz juga tahu akan hal ini.

Saya hanya ada tiga (3) andaian tentang isu ini :-

1) Mainan politik yang dimainkan oleh pihak PAS/PR dalam cubaan untuk memerangkap UMNO.

2) Sememangnya berlaku krisis kepimpinan dalam PAS yang tidak dapat dibendung lagi.

3) Tindakan Tuan Guru Nik Aziz menentang keras ‘cadangan’ ini kerana pada pandangan beliau, PAS akan tetap memerintah negeri/Negara ini tanpa UMNO. kekuatan PAS kini pada pandangannya lebih baik dan akan menjadi lebih baik pada PRU-13 nanti. Perpaduan dengan UMNO akan merosakkan segala-galanya.

Saya juga percaya, Tuan guru Hj Hadi selaku ahli politik dan Presiden Parti, beliau sudah tentu akan melakukan sesuatu yang boleh memberi keuntungan kepada Partinya.

............

“ Kita semua adalah hamba yang hina di sisi-NYA. Walau setinggi mana jawatan kita, semua sujud kepadaNYA”.

“Orang yang berilmu tidak semestinya beriman dan bertakwa kepadaNYA”.


0 ulasan: