Selasa, 30 Jun 2009

PAS DAN TOK GURU NIK AZIZ – KEGAGALAN 2



Sejak dua menjak ini saya dapat perhati gerak geri pemimpin-pemimpin PAS termasuk tok guru Nik Aziz sendiri yang semakin menyimpang daripada landasan dan batas-batas berpolitik. Seperti yang saya katakan sebelum ini hormat yang tinggi kepada tok guru sebelum ini tetapi sekarang hormat tersebut semakin menurun dan terus menurun.


Saya menghormati tok guru kerana umur serta ilmu agamanya. Tetapi saya berasa ‘kurang’ menghormatinya sebagai seorang pemimpin politik. Apa yang tok guru cakap pasal agama adalah betul bagi saya, tetapi apabila tok guru bercakap pasal politik, ianya menjadi tanda-tanya bagi saya. Fikiran berlawan dengan hati.

Dahulunya, bapa saya merupakan salah seorang ketua cawangan UMNO di kampong saya. Namun berlainan pula dengan datuk saya yang merupakan seorang penyokong tegar PAS. Datuk saya menyatakan beliau menyokong PAS kerana di dalamnya terdapat golongan ulama yang cuba memperjuangkan kepentingan agama islam (itu dulu). walaupun demikian, datuk tidak melarang bapa saya daripada menyertai UMNO.

Namun diberikan syarat kepada bapa saya. Jika nak masuk politik parti UMNO, buktikan kepadanya bahawa bapa saya (melalui UMNO) boleh memberi manfaat kepada orang ramai.

Setelah memegang jawatan sebagai ketua cawangan (dalam tahun 80-an), bapa saya berusaha untuk membawa segala kemudahan asas ke kampong tersebut. Beliau membawa balik masjid, bekalan air paip, bekalan elektrik, jalan raya, balai raya, membaiki surau, membina wakaf-wakaf, gelangang permainan, taman kanak-kanak dan sebaginya lagi.

Dengan adanya kemudahan tersebut, maka urusan harian penduduk kampong bertambah senang. Jika dahulu orang kampong terpaksa pergi jauh (Bandar gua musang atau ke kampong berdekatan) untuk sembahyang jumaat. Namun, dengan adanya masjid, orang kampong sudah boleh menunaikan fardhu jumaat di kampong tersebut.

Setelah hampir 20 tahun masjid tersebut dibina, kini ianya sudah tidak dapat menampung bilangan penduduk yang semakin ramai terutamanya semasa fardhu jumaat.

Tidak dinafikan, semua kemudahan-kemudahan tersebut disediakan oleh UMNO. sehingga kini saya tidak nampak satu pun kemudahan yang diberikan oleh pihak PAS sejak sekian lama memerintah Kelantan. Tiada satu pun.

Bila pergi ke kampong hanya berceramah pasal politik. UMNO tak betul. Orang itu salah. Orang ini salah. UMNO macam tu, UMNO macam ni. Selepas siap mengata dan takbir, makan minum dan balik. Pergi dengan tangan kosong dan balik dengan tangan kosong.

Berlainan pula dengan wakil rakyat UMNO. Datang untuk berbicang dengan penduduk tentang kesulitan yang dialami. Satu persatu kemudahan diberikan oleh beliau kepada penduduk. Biarpun beliau kalah, tetapi masih tetap melawat kawasan tersebut.

Bila bercakap pasal agama, bergema-gema bunyinya. Nak bagi peruntukkan untuk membaiki serta membesarkan masjid di kampong itu pun tidak pernah diberikan.

Padahal, masjid yang dibina lebih 20 tahun itu memerlukan penambahbaikan kerana pertambahan penduduk. Apa kes?

Beberapa bulan lepas saya pulang ke kampong dan sempat menunaikan solat jumaat bersama-sama penduduk kampong. Saya juga difahamkan bahawasanya imam terpaksa di import dari luar kawasan kerana imam sedia ada (penyokong Pas) telah dilucutkan jawatannya oleh majlis agama islam kerana kesalahan tatatertib.

Saya bertanyakan penduduk kenapa tidak melantik imam baru dari kalangan orang tempatan. Mereka menyatakan tiada orang yang sesuai dan layak untuk menjadi imam.

Dalam hati saya, takkan dalam ramai-ramai penduduk di situ tiada seorang pun yang layak menjadi imam. Padahal, sebelum ini saya tengok ramai yang pergi sembahyang memakai serban di kepala. Malahan yang memakai serban itulah yang mengutuk orang-orang UMNO disuatu tika dahulu.

Jika diterjemahkan kedalam bahasa kasar, takkan dalam ramai-ramai penyokong PAS yang mendakwa mereka lebih alim daripada orang UMNO itu tiada seorang pun yang layak menjadi imam.

Nak lantik imam dari kalangan penyokong UMNO? jangan harap. Awal-awal lagi mereka akan tolak. Namun, bila minta mereka kemukakan nama mereka yang layak dari kalangan mereka, tiada seorang pun yang sanggup.

Jika begitu keadaannya, apa yang telah PAS lakukan selama ini. Tiadakah usaha dilakukan oleh pemimpin PAS terhadap sesebuah kampong dalam melahirkan golongan pelapis bagi jawatan imam terhadap sesebuah masjid.

Adakah itu pun mereka mengharapkan pihak UMNO yang mengusahakan serta memberikan latihan dan bimbingan bagi melahirkan imam-imam di kampong-kampung?

Jika diambil kira tempoh 20 tahun lebih PAS memerintah Kelantan, sepatutnya mereka dapatlah melahirkan sekurang-kurangnya 10 imam (purata 2 tahun seorang) yang boleh menjadi imam bagi satu-satu kampong. Dengan syarat latihan dan bimbingan yang sewajarnya diberikan kepada mereka yang dipilih.

Namun hakikatnya, tiada apa-apa dilakukan oleh pemimpin PAS terhadap perkara ini. Tiada satu pun yang boleh dicerita dan dibanggakan.

Jika dahulu ibu saya mengajar Al-quran di masjid tersebut. Mengajar secara sukarela dan tidak meminta satu sen pun gaji daripada ibubapa atau pun mana-mana pihak. beliau hanya diberikan saguhati semasa saat-saat akhir beliau menjadi guru al-quran. itupun diusahakan oleh orang UMNO.

Tiada seorang pun wakil dari pihak PAS yang datang bertanyakan khabar tentang hal tersebut. Namun setelah beliau mendapat sakit dan tiada keupayaan untuk bergerak sendiri, tiada seorang pun yang mengambil inisiatif untuk mengambil-alih kerja mengajar kanak-kanak belajar al-quran terutamanya di waktu-waktu cuti sekolah.


Kemana perginya muslimah-muslimah PAS? Tiada usaha dilakukan oleh pihak PAS dalam hal tersebut.

Itu baru bercakap atas kemudahan dan keperluan pada masjid yang menjadi lambang agama islam yang ‘kononya’ diperjuangkan oleh orang PAS selama ini.

Belum lagi saya ungkit dan berbicara tentang hal-hal lain. Adakah UMNO itu hina? Adakah UMNO itu sesat? Adakah UMNO itu zalim seperti komunis? Jika UMNO itu hina, sesat dan zalim. Bagaimana pula dengan kemudahan yang diberikan itu?

Saya mengakui bahawasanya saya lebih suka untuk menjadi neutral. Bahkan saya juga pernah menasihati bapa saya agar tidak lagi aktif dalam politik (dalam tahun 90an – sempena krisis Anwar Ibrahim di buang daripada UMNO).

Saya tidak rela melihat beliau dihina dan dituduh (fitnah) oleh orang-orang tertentu yang sekampung dengannya.

Mengenangkan beliau pernah dipulau dan dihina oleh penyokong PAS, menyepi diri daripada politik adalah jalan terbaik baginya agar hubungan beliau sesama penduduk (penyokong PAS) menjadi baik semula.

Dengan nasihat saya itu, beliau dengan rela hati menyerahkan jawatannya kepada orang lain dan kini, hidupnya lebih tenang berbanding dahulu. Orang yang menghinanya dulu sudah pun bertandang ke rumah.

Setelah beberapa penggal memegang jawatan ketua cawangan beserta jasa-jasanya itu kepada masyarakat umum, adakah beliau yang menyokong UMNO itu seperti yang dikatakan oleh tok guru?

Terang-terangan saya katakan di sini bahawasanya walau pun bapa saya bersama-sama UMNO, tetapi beliau tidak pernah mengutuk tok guru. Malahan, beliau telah menasihati saya agar tidak menghina atau mengeluarkan kata-kata diluar batasan terhadap tok guru. Saya juga tidak pernah terlintas di hati untuk memburuk-burukkan tok guru atau pun penyokong PAS yang lain.

Namun, baru-baru ini bapa saya telah melahirkan kata-kata kecewa terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh tok guru terhadap UMNO.

Saya masih berpegang kepada prinsip neutral (atas pagar). Yang salah saya tetap katakan salah. Yang benar tetap benar.

Walaupun saya menyokong dan memangkah PAS/UMNO semasa pilihanraya, saya tetap akan mempersoalkan apa sahaja jika pada pendapat saya adanya perkara yang tidak betul dilakukan sama ada oleh pihak PAS atau pun UMNO.

Tulisan kali ini hanya berkisar tentang keadaan sebenar di kampong saya dan saya tidak dapat menjamin jika tulisan yang seterusnya akan pergi lebih jauh lagi tentang tajuk ini.

Sesungguhnya PAS adalah satu parti politik dengan ideologinya yang tersendiri dan ia juga tiada beza dengan mana-mana parti politik di atas muka bumi ini.

Semoga ianya menjadi pedoman kepada kita semua.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Arwah abah saya juga sama seperti bapak pakcik.Banyak pembaharuan yang di bawa semasa arwah menjadi ketua UMNO di kampung.Orang PAS tiada satu pun bagi apa-apa pun kt kampung.Yang mereka bagi ceramah-ceramah mengutuk,menghina,menfitnah kepada UMNO apabila penceramah dari luar untuk mempengaruhi orang kampung.Habis anak-anak muda kampung terpengaruh,sedangkan yang di kutuk sesama Islam.Malah YB yang mewakili Dun kampung saya itu seorang cina dan pernah memberi peruntukan kapet dan sejadah untuk Masjid baru kampung dan di gunakan oleh orang Islam untuk Sembahyang.Apakah hukumnya itu.Adakah pemberian dari YB Cina itu najis.

Tanpa Nama berkata...

kalau makan ayam yang dipelihara oleh cina macamana ye..