Rabu, 24 Mac 2010

AIR PAIP TIADA – Tidak malukah kita???




Terharu sungguh bila melihat seorang warga emas menangis tersedu-sedu kerana mengenangkan betapa susahnya beliau untuk mendapatkan setitis air. Kes ketiadaan bekalan air bersih yg dihadapi oleh penduduk daerah Bachok, Kelantan.

Apakah ertinya semua ini????

Tidak malukah pemimpin kita?? Tidak malukah kerajaan yang dipilih akan hal ini??

Sedarkah kamu bahawasanya rakyat kamu sedang menangis dan merana kerana setitik air?? Pemimpin aka kerajaan jenis apakah kamu??

Tahukah kamu bahawasanya rakyat yang memberi undi kepada kamu untuk memerintah sedang merana di tanah air-nya..tetapi kamu sedang berbangga dengan kedudukan yang diperolehi..kamu telah lupa tanggungjawab kamu terhadap rakyat yang memilihmu.

PEMIMPIN aka KERAJAAN JENIS APAKAH KAMU INI???

Ini Malaysialah..bukanlah Negara afrika..bukan juga Negara yang dipenuhi padang pasir... Negara ini juga bukanlah seperti sebuah pulau kecil yang dikelilingi oleh air masin!!!

Alangkah bertuahnya Negara ini. Bertuah kerana mempunyai sungai-sungai yang bersimpang-siur di sana-sini. Sungai-sungai yang membekalkan air mentah untuk kegunaan harian. Banyaknya air sungai itu kadang-kala ada yang mati lemas dalamnya.

Apa yang tidak baiknya?? Pemimpin aka kerajaan yang tidak ambil peduli akan hal ini.

Mereka ini semua sedang syok mengipaskan diri sendiri. Orang kampong dan orang Bandar kering tekak sebab takde air bersih pun..lantaklah..janji depa sokong masa pilihanraya nanti.

Jika tahun 70an dulu takpe lah juga. Walau pun tiada air pun takpe. Orang boleh mandi di sungai sebab airnya sentiasa jernih. Tetapi zaman sekarang jangan harap nak guna air sungai. Air yang sentiasa bertukar menjadi seakan-akan teh susu.

Hey..sudah lebih 50 tahun Negara ini merdeka. Tetapi malangnya rakyat masih tidak merdeka dengan masalah air bersih. Masalah air bersih masih juga wujud di sana sini.

Apa sebenarnya yang kamu buat selama ini?? Sejak kamu dilantik menjadi pemimpin...sehingga kini masalah ini masih berterusan!!!

Jika keperluan ASAS ini pun tidak boleh diselesaikan.. jadi apa yang kamu semua lakukan selama ini?? Jadi tunggulkah?? Tunggul kayu buruk yang sedang dimamah oleh anai-anai. Tunggu untuk tumbang sahaja.

Itu baru bab air. Bagaimana pula dengan bekalan elektrik, jalan raya dan lain-lain keperluan asas untuk rakyat? saya berani cop jari..memang bermasalah!!! Tiada siapa peduli..

Janganlah bercakap soal kemajuan jika perkara asas ini pun tidak diselesaikan. Janganlah dok bersohor dengan pencapaian itu dan pencapaian ini jika hal air ini bermasalah. Buat malu kampong jah...

Jika dahulu habis sahaja pilihanraya..semua pemimpin aka kerajaan turun padang tengok masalah rakyat. tetapi kini bukan turun tengok masalah tapi buat masalah kepada rakyat. Turun padang untuk ceramah politik sahaja. Maki itu maki ini.. datang dan pergi kosong. Tingal rakyat terkebil-kebil. Tidak habis-habis dengan politik.

Melihat makcik tu menangis.. terkedu dibuatnya. Menangis bukan sebab tidak boleh makan tetapi menangis kerana tiada air. Malu sungguh. Malu kerana pemimpin aka kerajaan yang dipilih hanya pentingkan politik berbanding perkhidmatan untuk rakyat.

Mana pergi pemimpin...mana pergi kerajaan..

Pelik sungguh pelik..negara kaya dengan kepelbagaian sumber air mentah..tetapi rakyatnya menangis kerana tiada air...HAPRAK semua!!!

1 ulasan:

ISAC berkata...

Salam ziarah.

Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/

Pakcik buat lah satu Kolum tolong advertise blog kawan-kawan.