Rabu, 24 Mac 2010

AIR PAIP TIADA – Tidak malukah kita???




Terharu sungguh bila melihat seorang warga emas menangis tersedu-sedu kerana mengenangkan betapa susahnya beliau untuk mendapatkan setitis air. Kes ketiadaan bekalan air bersih yg dihadapi oleh penduduk daerah Bachok, Kelantan.

Apakah ertinya semua ini????

Tidak malukah pemimpin kita?? Tidak malukah kerajaan yang dipilih akan hal ini??

Sedarkah kamu bahawasanya rakyat kamu sedang menangis dan merana kerana setitik air?? Pemimpin aka kerajaan jenis apakah kamu??

Tahukah kamu bahawasanya rakyat yang memberi undi kepada kamu untuk memerintah sedang merana di tanah air-nya..tetapi kamu sedang berbangga dengan kedudukan yang diperolehi..kamu telah lupa tanggungjawab kamu terhadap rakyat yang memilihmu.

PEMIMPIN aka KERAJAAN JENIS APAKAH KAMU INI???

Ini Malaysialah..bukanlah Negara afrika..bukan juga Negara yang dipenuhi padang pasir... Negara ini juga bukanlah seperti sebuah pulau kecil yang dikelilingi oleh air masin!!!

Alangkah bertuahnya Negara ini. Bertuah kerana mempunyai sungai-sungai yang bersimpang-siur di sana-sini. Sungai-sungai yang membekalkan air mentah untuk kegunaan harian. Banyaknya air sungai itu kadang-kala ada yang mati lemas dalamnya.

Apa yang tidak baiknya?? Pemimpin aka kerajaan yang tidak ambil peduli akan hal ini.

Mereka ini semua sedang syok mengipaskan diri sendiri. Orang kampong dan orang Bandar kering tekak sebab takde air bersih pun..lantaklah..janji depa sokong masa pilihanraya nanti.

Jika tahun 70an dulu takpe lah juga. Walau pun tiada air pun takpe. Orang boleh mandi di sungai sebab airnya sentiasa jernih. Tetapi zaman sekarang jangan harap nak guna air sungai. Air yang sentiasa bertukar menjadi seakan-akan teh susu.

Hey..sudah lebih 50 tahun Negara ini merdeka. Tetapi malangnya rakyat masih tidak merdeka dengan masalah air bersih. Masalah air bersih masih juga wujud di sana sini.

Apa sebenarnya yang kamu buat selama ini?? Sejak kamu dilantik menjadi pemimpin...sehingga kini masalah ini masih berterusan!!!

Jika keperluan ASAS ini pun tidak boleh diselesaikan.. jadi apa yang kamu semua lakukan selama ini?? Jadi tunggulkah?? Tunggul kayu buruk yang sedang dimamah oleh anai-anai. Tunggu untuk tumbang sahaja.

Itu baru bab air. Bagaimana pula dengan bekalan elektrik, jalan raya dan lain-lain keperluan asas untuk rakyat? saya berani cop jari..memang bermasalah!!! Tiada siapa peduli..

Janganlah bercakap soal kemajuan jika perkara asas ini pun tidak diselesaikan. Janganlah dok bersohor dengan pencapaian itu dan pencapaian ini jika hal air ini bermasalah. Buat malu kampong jah...

Jika dahulu habis sahaja pilihanraya..semua pemimpin aka kerajaan turun padang tengok masalah rakyat. tetapi kini bukan turun tengok masalah tapi buat masalah kepada rakyat. Turun padang untuk ceramah politik sahaja. Maki itu maki ini.. datang dan pergi kosong. Tingal rakyat terkebil-kebil. Tidak habis-habis dengan politik.

Melihat makcik tu menangis.. terkedu dibuatnya. Menangis bukan sebab tidak boleh makan tetapi menangis kerana tiada air. Malu sungguh. Malu kerana pemimpin aka kerajaan yang dipilih hanya pentingkan politik berbanding perkhidmatan untuk rakyat.

Mana pergi pemimpin...mana pergi kerajaan..

Pelik sungguh pelik..negara kaya dengan kepelbagaian sumber air mentah..tetapi rakyatnya menangis kerana tiada air...HAPRAK semua!!!

Ahad, 7 Mac 2010

Tahniah PKR – Buang AP kerana pertahan agama.




Tahniah kepada YB Zul kerana dipecat dan tahniah juga kepada PKR kerana mengambil keputusan tersebut.

Tahniah kepada YB Zul kerana mempertahankan ketinggian martabat agama lebih penting daripada martabat parti. Manakala tahniah kepada PKR kerana meletakkan martabat parti lebih tinggi daripada agama.


Peristiwa ini diharapkan dapat membuka mata mereka yg mempunyai EQ yg rendah tentang siapa sebenarnya PKR itu. Contoh sudah ada didepan mata. Suatu reality dan bukannya teori semata-mata.

Itulah sebenarnya PKR. Didedahkan oleh orang dalaman parti. Orang yang sejak dahulu berjuang untuk DS Anwar Ibrahim selaku ketuanya.

Teringat saya dimasa DS Anwar dipecat dari cabinet dan parti UMNO. tentera reformasi berarak sambil melaungkan takbir. Pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan terhadap Tun Dr Mahathir. Kita kena ingat DS Anwar dibuang kerana kesalahan JU-Vananya dan salah guna kuasa.

Begitu juga di mahkamah perbicaraan. Takbir sentiasa dilaungkan oleh pengikut karat mereka.

Namun kini keadaannya terbalik. Bilamana seseorang wakil parti yg mempertahankan martabat agama dilayan seperti anjing oleh mereka. YB Zul dibuang kerana memperjuangkan agama beb!!

Mana ahli-ahli takbir yg selalu bertakbir untuk DS Anwar???


Siapa yg lebih zalim?? PKR ke UMNO? setahu pakcik UMNO masih lagi memegang prinsip agama tetapi PKR telah meletakkan parti lebih tinggi darjatnya drp agama.

Kata-kata setiausaha PKR, YB Saifuddin : Parti memecat YB Zul bukan atas kesalahan Kalimah Allah tetapi atas masalah disiplin yg ditimbulkan oleh telah menggugat keharmonian parti.

Jika kita melihat kembali kronologi penceraian paksa itu berlaku adalah BERPUNCA daripada kenyataan dan laporan polis yang dibuat oleh YB ZUL terhadap YB Khalid yg mengeluarkan kenyataan mengelirukan berkenaan kalimah Allah.

Hey kawan..common la..ini sudah masuk bab darjat agamalah..berkaitan hal akidah lagi..prinsip amalan kita semua selaku umat islam. prinsip yang kita pertahankan selama ini. Parti politik boleh ditukar ganti tetapi kesucian agama???

Jika kerana DS Anwar kita sanggup langgar itu dan langgar ini..kenapa kerana sebab agama kita tidak sanggup lakukan perkara yg sama??? Dimana kita sebenarnya?? Siapa kita sebenarnya?? Adakah kita berjuang semata-mata untuk DS Anwar dan bukannya kerana agama???

TUN Mahathir pecat DS Anwar kerana salah laku luar tabii dan salah guna kuasa.. tetapi DS Anwar Ibrahim pecat YB Zul kerana beliau mempertahankan agama. Siapa yang zalim sebenarnya????

Cinta tiga segi antara PKR-DAP-PAS sebenarnya bermasalah. DAP adalah suami manakala PKR dan PAS adalah isteri pertama dan isteri kedua. Ketiga-tiga hati dan perasaan mereka menyimpan syak diantara satu sama lain. Tunggu masa sahaja untuk meletup dan berlaku perang dalam rumah tangga tersebut

Rumahtangga dan bahtera mereka itu dikepalai oleh DAP!!! Dari segi duniawi kononnya nampak ok tetapi dari segi akhirat?? Siapa yg tahu??

Kepada PAS pula, dimana pendirian anda semua?? Demi keutuhan cinta plastic atau pun cinta kepada agama? Adakah kerana dunia sudah moden maka anda semua ingin menjadi moden? PAS MODEN yg melupakan apa yg anda perjuangkan selama ini??

Jaga hati DS Anwar dan Lim Kit Siang lebih penting dari jaga agama???

Saya pernah menulis tentang gabungan PAS dgn PKR dan DAP suatu ketika dahulu. Kini amat jelas PAS sudah dihina seperti yg saya ramalkan. PAS sudah dilihat tiada apa-apa lagi keistimewaan dan perbezaan dengan parti-parti politik lain.

Kudis-kudis busuk berkenaan Pas sudah mula keluar nanahnya di sana-sini. Sudah boleh dihidu oleh rakyat jelata.

Apa yg PAS lemparkan kepada UMNO/BN disuatu ketika dahulu sudah melantun kembali kepada muka PAS.

Orang muda sudah mula nampak akan kepincangan dalaman PKR. Kepercayaan mereka terhadap gabungan PKR-DAP-PAS sudah mula menurun dari hari ke hari. Kepercayaan yg diberikan suatu ketika dahulu telah disalah-gunakan dan disia-siakan oleh mereka.

PAKCIK – orang muda kata : takdok kecek kiro pasa agamo.

Isnin, 1 Mac 2010

Bunuh budak


Sejak dua menjak ni manusia semakin berubah menjadi binatang..tidak kira apa masalah yg sedang dihadapi mereka..tetapi membunuh bayi adalah lebih hina dan lebih zalim dari segala bentuk kesalahan atas dunia ini.

Tiap2 pelaku itu melakukan beberapa dosa serentak. Dosa berzina dan dosa membunuh. Itu tidak dikira dosa2 lain.

Salah siapa??

Tidak kira siapa pemerintah..sama sahaja!!! Perkara jahiliah itu tetap wujud di mana-mana. Ibukota, pekan, bandar atau pun kampung. Malahan negeri serambi mekah pun tidak boleh lari dari penyakit binatang ini.

Apa kata ibu bapa?? Anak yang sudah tahu apa itu ’anu’ biasanya sudah terlambat untuk didik melainkan dengan hukuman yg setimpal dengan kesalahan. Ibu bapa yang lepas tangan tentang apa yang anak-anakya lakukan adalah punca segala-galanya.

Di dalam kes seorang budak yg diseksa sehingga mati...

Peristiwa kejam itu berlaku di depan mata orang ramai tetapi tiada seorang pun masyarakat setempat yg berusaha mencegahnya. Kezaliman di depan mata apatah lagi terhadap seorang kanak-kanak dibiarkan begitu sahaja oleh masyarakat itu.

Melihat sesuatu yg salah tetapi tidak disekat merupakan satu kesalahan dalam islam. Masyrakat setempat itu dikatakan berdosa terhadap budak perempuan tersebut.

Begitu juga dengan bapa kepada perempuan sial itu. Bapanya itu juga boleh dikatakan rakan subahat dalam kes ini. Akhbar menyatakan bapanya mengaku bahawa beliau telah menikahkan anak perempuan setannya dengan lelaki setan tersebut.

Jika benar apa yg didakwa akhbar tersebut maka nyatalah bapanya ada juga dalam kategori syaitan jahiliah.

Maknya yg tiada akal tu pula dikategorikan sebagai syaitan betina yg dahagakan kasih sayang atau pun dahagakan ’anu’ si setan tersebut tidak berbuat apa-apa terhadap kezaliman yg dilakukan terhadap darah dagingnya sendiri.

Walau pun sudah mengenali si setan tersebut selama 4 tahun..manakan setan betina itu tidak tahu akan perilaku si setan jantan tersebut terutamannya terhadap anaknya.

Setan betina juga dikhabarkan masih lagi isteri kepada seseorang tetapi sudah mencari jalan pintas untuk merasai nikmat ’anu’ si setan tersebut. Setan bertemu setan. 2 kali setan.

Kepada pak menteri atau pun mak menteri..janganlah tunjukkan muka kesian anda kepada si setan tersebut. Biarlah mereka menerima hukuman terhadap perilaku mereka itu.

Heretlah semua setan2 yang menjadi rakan subahat mereka ke muka pengadilan.

Sesungguhnya manusia itu diberi akal untuk berfikir..