Jumaat, 5 Februari 2010

WANG ROYALTI KATA NEGERI – WANG EHSAN KATA PUSAT



Mana yang betul dan mana yang salah???.. siapa yang memutar dan siapa yang diputar? Tetapi apa yang jelas, rakyat sedang berputar. Putar ligat.

Saya tidak mahu kata siapa salah dan siapa betul kerana jika dengar sebelah pusat, maka pusatlah yang betul. Jika dengar sebelah negeri maka negerilah yang betul.

Jika diukur dari segi moral politik, campurtangan Ybhg Ku Li dalam pertikaian ini telah memberi gambaran keseluruhan siapa yang betul dan siapa yang salah.

Campurtangan beliau yang memberi bonus kepada PAS selaku kerajaan negeri. BN sudah kalah!!!

Rakyat masih berpegang kepada Ybhg Ku Li yang merupakan bekas Pengerusi Petronas dan juga bekas Menteri Kewangan. Beliau yang dipercayai salah seorang pelopor dalam industry petroleum Negara. Orang yang tahu selok belok urusan serta perjanjian antara Pusat-Petronas-Negeri.

Keadaan berlainan sebelum Ybhg Ku Li masuk campur. Hanya pihak PAS sahaja yang percaya bahawasanya rakyat dan kerajaan Kelantan berhak mendapat WANG ROYALTI.

Tetapi keadaan telah berubah dengan kehadiran Ybhg Ku Li. Kedua-dua penyokong PAS dan BN telah sama-sama bersetuju bahawasanya rakyat Kelantan patut mendapat royati.

Isu ini kini bukan lagi isu politik antara PAS dan BN semata-mata. Ianya telah menjadi ISU RAKYAT. rakyat yang bersatu hati dan suara dalam menuntut satu-satu hak atau perubahan terhadap mana-mana perkara yang sepatutnya menjadi hak milik mereka bersama.

Salah seorang kawan yang menetap di Kuala Lumpur membuat panggilan kepada saya. Katanya BN Kelantan sudah kalah sebelum pilihanraya. Saya kehairanan... katanya isu minyak ini membuka peluang seluas-luasnya mata rakyat akan peranan yang dimainkan kerajaan pusat atau BN terhadap rakyat Kelantan.

Katanya lagi, beliau tidak hairan jika PAS menyapu bersih kerusi-kerusi di Kelantan semasa PRU-13 nanti. Katanya Parlimen Jeli juga tidak akan terlepas dari gelombang tersebut.

Peranan Ybhg Ku Li yang dilihat sebagai WAKIL RAKYAT dan bukannya WAKIL PARTI semata-mata amat memberi kesan terhadap rakyat. kata-kata beliau amat dipercayai di peringkat akar umbi. Kritikan pedas oleh Sdr. Bazlan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang amatlah daif sekali jika dibandingkan dengan Ybhg Ku Li.

Rakyat lebih mengenali Ybhg Ku Li berbanding beliau. Bahkan ada sesetengah rakyat tidak kenal siapa itu Sdr. Bazlan!!!

Kerajaan Pusat kini seupama diluah mati mak, ditelan mati bapak. Kedua-dua keadaan memberi kesan buruk kepada BN. Rakyat sedang menuntut penjelasan dan tindakan yang sewajarnya dari pihak Pusat. Bagi pun salah, tidak bagi lagi salah. Salah di pandangan rakyat Kelantan.

Walau apapun, kedua-dua pihak mempunyai hujahnya yang tersendiri. Hujah yang ingin didengar dan diperakui oeh rakyat jelata. Hujah berfakta sahaja yang dapat menyakinkan rakyat. bukannya dengan siri ceramah yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

Sesungguhnya isu ini banyak implikasinya terhadap kedua-dua pihak. Bagi PAS, tambahan majority akan lebih terserlah. Manakala bagi BN, jika kebenaran di pihaknya, maka peluang untuk menamatkan dominasi PAS Kelantan amatlah terbentang luas sekali.

Pihak yang benar akan disokong 100% oleh rakyat manakala pihak yang blawok akan ditolak 200% oleh rakyat.

Semoga adanya penyelesaian dalam isu ini. Mana-mana pihak yang menang seharusnya melihat akan keperluan rakyatnya untuk jangka masa terdekat atau pun untk jangka masa yang panjang.

1 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

bila nak BINCANG ISU ni heheheh. baik punya ulasan. tapi kalau PAS BERANI BAWALAH PERKARA INI KE MAHKAMAH. PAS TAHU KELANTAN HANYA LAYAK EHSAN SAJA IKUT UNDANG2 YANG TELAH DISAIN.

TAPI POLITIK ADALAH HUJAH DAN PETAH BERCAKAP SERTA DAPAT YAKINKAN ORG SECARA MAJORITI SAJA.... POLITIK KEKADANG TAK PERLU ULASAN YANG BENAR DAN BETUL. ITULAH YANG BERLAKU KEPADA UMNO KELANTAN. KESIAN TOK PA.