Khamis, 19 Mac 2009

POLITIK WANG DAN RASUAH – Apa beza?

Jawatankuasa disiplin parti telah mengambil tindakan. Berlaku sedikit HURU-HARA di dalam UMNO. HURU-HARA kepada mereka yang makan nangka, yang terkena getah nangka dan yang sakit perut kerana sama-sama makan nangka tersebut. Ada yang kena tidakan pergantungan hak bertanding, pergantungan keahlian, amaran dan sebagainya lagi.

Terima kasih dan Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jawatankuasa disiplin Parti yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan kadang-kadang tidak bersungguh dalam hal ini.

Walau pun tindakan agresif telah diambil, saya tetap merasakan ianya sudah terlambat kerana jika diambil kira akan jumlah mereka yang membuat salah dan yang bersubahat dengannya adalah begitu ramai sekali. Mereka ini telah lama membuatkan Parti UMNO yang dulunya dihormati bertukar kepada satu Parti yang dibenci dan dicemuh oleh rakyat jelata. Mereka ini seupama ulat yang merosakkan buah dari dalam. Kulit luarnya adalah baik tetapi isi dalamnya telah pun buruk dan tidak boleh dimakan lagi.

Tindakan yang diambil boleh dikatakan terlambat juga kerana pihak yang terlibat terang-terangan melakukan perkara ini walau pun amaran keras telah diberi oleh pemimpin mereka. Mereka dibiarkan terus melakukannya tanpa rasa takut akan kemungkinan yang boleh berlaku.

Berbalik kepada tajuk asal saya, politik wang dan rasuah – apa bezanya?

a) Rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para
politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-
undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan
menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.


Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:

• melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
• penyalahgunaan harta negara.
• merugikan negara
• memperkaya diri sendiri dan kerabat.

Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi.


Paling ringan (rasuah politik) adalah dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya.


Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura-pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali!

Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak.

Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi.


Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/wilayah tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.


b) Politik wang pula adalah perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.

Secara mudah adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.


Secara mudahnya, kedua-dua kes adalah melibatkan MEMBERI DAN MENERIMA DENGAN MAKSUD yang tersendiri untuk kepentingannya yang tersendiri. Dengan demikian, walau pun sebutan terhadap kedua-dua perkara itu berbeza, namun ianya mempunyai maksud yang sama.


Jadi kita dapat disimpulkan : RASUAH = POLITIK WANG.


Oleh yang demikian, saya dan mungkin ramai lagi merasakan tindakan yang diambil terhadap mana-mana individu dalam UMNO adalah tidak mencukupi seperti tindakan yang diambil terhadap mereka yang melakukan rasuah.


Jika mereka naik ke puncak kuasa kerana disebabkan oleh RASUAH@POLITIK WANG, kita jangan hairan jika mereka ini boleh dijual beli pada bila-bila masa dalam menguruskan hal-hal Negara atau pun hal-hal rakyat.


Saya masih hairan kerana UMNO masih menyimpan orang-orang sebegini walau pun mereka telah mempunyai bukti yang cukup. Begitu juga yang baru sahaja hendak berjunak-jinak dengan jawatan, mereka sekadar diberi amaran walau pun buktinya sudah cukup. Padahal mereka ini sepatutnya ditolak awal-awal oleh UMNO kerana mereka ini masih baru tetapi sudah pandai untuk mengamalkan POLITIK WANG@RASUAH. Tindakan UMNO ini dilihat sebagai DAYUS dan seperti MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT.


UMNO sepatutnya tidak memberi ruang kepada mana-mana JERUNG atau BILIS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan POLITIK WANG@RASUAH. Mereka inilah yang MEMBUNUH UMNO DALAM DIAM.


Mereka sepatutnya didakwa di mahkamah, dilucutkan jawatan sama ada diperingkat parti, peringkat negeri atau pun mana-mana jawatan yang mereka pegang di peringkat Negara. Jangan jadikan alas an kerana mereka ini berjasa, kawan lama dan sebagai lagi yang menidakkan tindakan undang-undang sedia ada boleh diambil ke atas mereka.


UMNO MESTI TEGAS DAN BUKTIKAN SEGALANYA jika sekiranya UMNO tidak mahu kehilangan kuasa di masa-masa hadapan.


Satu soalan lagi : ADAKAH UMNO LEBIH MEMENTINGKAN KESINAMBUNGAN PERJUANGANNYA UNTUK BANGSA, AGAMA DAN NEGARA ATAU PUN LEBIH MEMENTINGKAN MEREKA YANG TELAH MEROSAKKAN UMNO DENGAN POLITIK WANG@RASUAH???




0 ulasan: