Selasa, 31 Mac 2009

TABIKA - Kemudahan Pra-Sekolah yang dipandang remeh.

Sejak beberapa bulan ini sering kedengaran di telinga kita berkenaan penutupan pusat jagaan kanak-kanak atau pun TABIKA oleh pihak atau pun golongan tertentu. Kisah tersebut kedengaran di negeri-negeri seperti Kedah, Perak dan Selangor yang dikuasai oleh pembangkang. Berbagai alas an diberikan agar tindakan yang diambil itu seakan-akan dihalalkan oleh mereka dan dipersetujui oleh rakyat jelata.

Namun demikian, saya percaya penutupan itu bukanlah dibuat atas alas an yang kukuh tetapi kerana perbezaan ideology politik dan sifat bodoh sombong serta bongkak pemimpin yang dipilih oleh rakyat yang bertopengkan wajah kepimpinan mesra rakyat.

Saya juga percaya bahawasanya mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada menjaga dan memberi tempat kepada anak bangsa untuk belajar serta menuntut ilmu.

TABIKA..suatu tempat bagi kanak-kanak yang baru ingin mengenali huruf dan alam persekolahan. Mereka tidak lagi mengerti apa itu politik malahan mereka juga masih tidak mengerti apa itu sekolah.

Memang betul pusat itu diurus dan dijalankan oleh pihak kerajaan persekutuan dibawah seliaan pihak KEMAS, tetapi adakah ianya satu tindakan wajar untuk menutupinya?

Adakah tiada cara lain yang boleh dilakukan oleh samseng-samseng politik itu? TABIKA adalah tempat anak bangsa belajar mengenal huruf dan abjad. Ianya adalah tempat menuntut ilmu.

TABIKA juga bukanlah tempat orang-orang UMNO membuat propaganda agar kanak-kanak itu memberi undi kepada UMNO bila besar nanti.

Saya bukannya ahli UMNO dan saya juga bukannya ahli parti politik lain. Saya hanya ingin melihat dan menyatakan apa yang benar sahaja. Jika sahih sesuatu itu salah, kita janganlah suka berdolak-dalih menegakkan benang yang basah. Apa yang dirasakan diluar norma-norma kehidupan sebagai manusia, saya akan mula menulis dan terus menulis agar perkara yang diputuskan itu adalah menepati kehendak rakyat dan norma kehidupan.

Jika di Kelantan, suatu masa dahulu saya pernah menulis satu artikel yang mempertikaikan sika p tidak acuh kerajaan persekutuan dalam mempertingkatkan kualiti sekolah-sekolah agama rakyat. Biarpun sekolah tersebut diusahakan oleh kerajaan negeri pimpinan Parti PAS, namun kerana namanya sekolah ( tempat menimba ilmu ), maka ia tidak seharusnya dijadikan alat atau mangsa politik kepartian yang akan merugikan bangsa dan agama.

Sikap tolak-menolak dan tiada kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri telah menyebabkan nasib anak bangsa menjadi terumbang-ambing tanpa hala tuju yang jelas. Jika ianya dibiarkan berterusan, bukan sahaja Parti PAS atau pun UMNO yang rugi, bangsa dan agama yang menjadi mangsa di suatu masa nanti.

Namun Alhamdulillah perkara tersebut telah pun selesai dengan kerjasama kedua pihak yang telah dilaksanakan dibawah pemerintahan PAK LAH selaku Perdana Menteri. Terima Kasih kepada PAK LAH dan Tuan Guru Nik Aziz kerana menyedari hakikat sebenar antara permainan politik dan kepentingan bangsa dan agama sendiri.

Kita juga sedia maklum, Menteri Besar bagi ketiga-tiga negeri tersebut adalah terdiri daripada mereka yang berbangsa melayu yang beragama islam. Tetapi tindakan yang diambil itu seolah-olah mereka ini bukannya pemimpin yang berbangsa melayu dan beragama islam. Mereka sengaja merosakkan apa yang baik yang telah dibuat demi politik sendiri yang jelas menunjukkan bahawasanya mereka ini dangkal akal fikirannya.

Sepatutnya para Menteri Besar yang berbangsa melayu dan beragama islam yang dilantik menjadi Menteri BESAR itu lebih peka dan insaf tentang apa yang mereka telah lakukan.

Jika alas an penutupan TABIKA adalah kerana ianya dibawah kelolaan pihak KEMAS yang bertuankan UMNO, mengapa mereka tidak mengambil keputusan menutup mana-mana sekolah atau pun pusat-pusat pengajian tinggi yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional di suatu ketika dahulu.

Tiada beza antara TABIKA, sekolah dan IPT, semuanya adalah tempat untuk anak bangsa mencari ilmu dan mengerti erti kehidupan. Tidak kira ianya dibina oleh pihak UMNO atau pun mana-mana parti, jelas kepada kita semua bahawasanya ia adalah tempat untuk menimba ilmu.

Encik Menteri BESAR perlulah ingat bahawa saya dan mungkin rakyat jelata sekalian tahu kerajaan pimpinan Encik Menteri BESAR sekalian masih lagi tidak berbuat apa-apa sumbangan kepada anak bangsa sejak Encik-Encik menduduki kerusi Menteri Besar. Tidak payah bercakap berkenaan sumbangan yang besar dan BESAR tetapi cukup sekadar sumbangan yang kecil pun masih tidak nampak dengan jelas apa yang telah Encik-Encik semua lakukan sehingga kini. TIN KOSONG.

Jika sumbangan yang kecil pun Encik-Encik Menteri BESAR sekalian masih lagi tidak dapat berikan kepada anak bangsa, maka saya menyeru Encik-Encik sekalian janganlah berlagak hendak menyekat apa yang baik yang telah orang lain lakukan. BERDOSA BESAR tu.

Suka saya cadangkan di sini agar kerajaan baru pimpinan Dato’ Seri Najib supaya lebih peka kepada perkara ini kerana di sinilah bermulanya titik permulaan bagi anak-anak bangsa mengenali dunia persekolahan. Diharapkan agar kerajaan dapat memberikan peruntukkan yang lebih bagi menubuhkan seberapa banyak yang boleh TABIKA diseluruh pelusuk Negara ini terutamanya di kawasan luar Bandar.

Lihatlah pada kawasan-kawasan yang terpencil yang jauh daripada Bandar, jarang sekali kita menemui sekolah-sekolah TABIKA/TADIKA yang dibina. Anak-anak kampong semakin terpinggir dan dipinggirkan. Mereka terus tertinggal dan ditinggalkan dalam peluang mencari ilmu.

Ditambah lagi dengan keputusan kerajaan menetapkan dasar pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris. Dengan adanya pusat-pusat pra-sekolah seperti ini maka saya percaya ianya akan dapat membantu pelajar-pelajar khususnya pelajar luar Bandar dalam mendapatkan persediaan awalan sebelum mengikuti kelas tersebut di sekolah biasa.

Selain itu, kita juga mendapati gaji kakitangan awam sering dinaikkan setiap tahun. Bagitu juga dengan bonus yang diberikan saban tahun tanpa sebarang sebab yang munasabah walhal kita sedia maklum bahawasanya prestasi kakitangan awam masih lagi ditakuk lama dan tidak berubah. Dengan yang demikian, saya merasakan adalah lebih baik sekiranya peruntukkan yang diberikan untuk kenaikan gaji dan bonus kakitangan awam itu diberikan kepada pihak-pihak tertentu bagi menubuhkan pusat-pusat pra-sekolah tersebut diseluruh Negara ini.

Saya bukannya bersifat dengki dengan kakitangan awam, apa yang ingin disampaikan adalah betapa PENTINGNYA perkara ini kepada anak bangsa terutamanya anak-anak yang berada di luar Bandar. Bantulah mereka agar mereka mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat dalam mengejar ilmu pengetahuan.

Saya menyeru kepada kerajaan Pakatan Rakyat atau BN agar janganlah lagi MENYENTUH perkara ini. Carilah modal politik yang lain dalam memenangi hati pengundi. Apa yang baik itu perlulah diteruskan dan seboleh-bolehnya ditambah-baik oleh semua pihak. Cukuplah dengan apa yang berlaku dan telah dilakukan. Jadikanlah harapan anak bangsa sebagai keutamaan dalam melakukan apa-apa tindakan. Sungguh malu, melayu dengan melayu bergaduh, menyebabkan anak melayu merintih dan merayu-rayu di bumi sendiri.




Ahad, 29 Mac 2009

UMNO dan Ketua Pemuda – May God Bless u


Sekian sudah episod pemilihan pegawai-pegawai peringkat tertinggi UMNO. Tidak perlu diulas lagi tentangnya kerana sudah bertimbung-timbung ulasan telah diberikan oleh segenap mereka yang mengikutinya.

Namun apa yang menarik perhatian saya adalah pemilihan jawatan Ketua Pemuda yang telah dimenangi oleh En. Khairy Jamaludin.

Tidak sampai seminit keputusan kemenangan beliau diumumkan, mesej bertalu-talu masuk ke telefon bimbit saya. Sudah dijangka mesej tentang apa.

Bila dibaca mesej tersebut..menegak bulu roma saya kerana begitu teruja dengan salah satu mesej yang diterima. Antara isi mesej tersebut adalah berbunyi seperti berikut :-

“UMNO dah gali kubur sendiri kerana membiarkan KJ memenangi kerusi Ketua Pemuda”.

“ kenapa”? balas saya.

“ UMNO tua telah membenarkan UMNO dicemari rasuah kerana membiarkan Pemimpin UMNO Muda yang telah disahkan rasuah menjadi Pemimpin UMNO Muda. Nanti kelak UMNO Muda itu akan merosakkan UMNO dalam diam di suatu masa nanti”.

May God Bless U UMNO”. Katanya lagi.


Khamis, 19 Mac 2009

POLITIK WANG DAN RASUAH – Apa beza?

Jawatankuasa disiplin parti telah mengambil tindakan. Berlaku sedikit HURU-HARA di dalam UMNO. HURU-HARA kepada mereka yang makan nangka, yang terkena getah nangka dan yang sakit perut kerana sama-sama makan nangka tersebut. Ada yang kena tidakan pergantungan hak bertanding, pergantungan keahlian, amaran dan sebagainya lagi.

Terima kasih dan Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jawatankuasa disiplin Parti yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan kadang-kadang tidak bersungguh dalam hal ini.

Walau pun tindakan agresif telah diambil, saya tetap merasakan ianya sudah terlambat kerana jika diambil kira akan jumlah mereka yang membuat salah dan yang bersubahat dengannya adalah begitu ramai sekali. Mereka ini telah lama membuatkan Parti UMNO yang dulunya dihormati bertukar kepada satu Parti yang dibenci dan dicemuh oleh rakyat jelata. Mereka ini seupama ulat yang merosakkan buah dari dalam. Kulit luarnya adalah baik tetapi isi dalamnya telah pun buruk dan tidak boleh dimakan lagi.

Tindakan yang diambil boleh dikatakan terlambat juga kerana pihak yang terlibat terang-terangan melakukan perkara ini walau pun amaran keras telah diberi oleh pemimpin mereka. Mereka dibiarkan terus melakukannya tanpa rasa takut akan kemungkinan yang boleh berlaku.

Berbalik kepada tajuk asal saya, politik wang dan rasuah – apa bezanya?

a) Rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para
politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-
undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan
menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.


Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:

• melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
• penyalahgunaan harta negara.
• merugikan negara
• memperkaya diri sendiri dan kerabat.

Dalam skop yang luas, rasuah "politik" bermaksud penyalahgunaan jawatan awam untuk kepentingan peribadi.


Paling ringan (rasuah politik) adalah dalam bentuk penggunaan pengaruh dan sokongan untuk memberi dan menerima pertolongan, hingga kepada rasuah yang sudah dianggap satu "prosedur rasmi", dan sebagainya.


Kemuncak segala rasuah ialah satu keadaan yang digelar kleptokrasi, yang erti harfiahnya pemerintahan oleh para pencuri; iaitu berpura-pura bertindak jujur pun tidak ada sama sekali!

Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran/birokrasi mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak.

Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi.


Sama ada sesuatu hal/perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di negara/wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara/wilayah tertentu tapi dianggap legal di tempat tertentu lain.


b) Politik wang pula adalah perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.

Secara mudah adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.


Secara mudahnya, kedua-dua kes adalah melibatkan MEMBERI DAN MENERIMA DENGAN MAKSUD yang tersendiri untuk kepentingannya yang tersendiri. Dengan demikian, walau pun sebutan terhadap kedua-dua perkara itu berbeza, namun ianya mempunyai maksud yang sama.


Jadi kita dapat disimpulkan : RASUAH = POLITIK WANG.


Oleh yang demikian, saya dan mungkin ramai lagi merasakan tindakan yang diambil terhadap mana-mana individu dalam UMNO adalah tidak mencukupi seperti tindakan yang diambil terhadap mereka yang melakukan rasuah.


Jika mereka naik ke puncak kuasa kerana disebabkan oleh RASUAH@POLITIK WANG, kita jangan hairan jika mereka ini boleh dijual beli pada bila-bila masa dalam menguruskan hal-hal Negara atau pun hal-hal rakyat.


Saya masih hairan kerana UMNO masih menyimpan orang-orang sebegini walau pun mereka telah mempunyai bukti yang cukup. Begitu juga yang baru sahaja hendak berjunak-jinak dengan jawatan, mereka sekadar diberi amaran walau pun buktinya sudah cukup. Padahal mereka ini sepatutnya ditolak awal-awal oleh UMNO kerana mereka ini masih baru tetapi sudah pandai untuk mengamalkan POLITIK WANG@RASUAH. Tindakan UMNO ini dilihat sebagai DAYUS dan seperti MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT.


UMNO sepatutnya tidak memberi ruang kepada mana-mana JERUNG atau BILIS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan POLITIK WANG@RASUAH. Mereka inilah yang MEMBUNUH UMNO DALAM DIAM.


Mereka sepatutnya didakwa di mahkamah, dilucutkan jawatan sama ada diperingkat parti, peringkat negeri atau pun mana-mana jawatan yang mereka pegang di peringkat Negara. Jangan jadikan alas an kerana mereka ini berjasa, kawan lama dan sebagai lagi yang menidakkan tindakan undang-undang sedia ada boleh diambil ke atas mereka.


UMNO MESTI TEGAS DAN BUKTIKAN SEGALANYA jika sekiranya UMNO tidak mahu kehilangan kuasa di masa-masa hadapan.


Satu soalan lagi : ADAKAH UMNO LEBIH MEMENTINGKAN KESINAMBUNGAN PERJUANGANNYA UNTUK BANGSA, AGAMA DAN NEGARA ATAU PUN LEBIH MEMENTINGKAN MEREKA YANG TELAH MEROSAKKAN UMNO DENGAN POLITIK WANG@RASUAH???




Isnin, 16 Mac 2009

Kisah Anak dengan Mak

Di suatu petang, sedang mereka berdua melepak di anjung rumah mereka. Maka berlakulah soal jawab si anak dengan emaknya yang kini tidak pasti statusnya sama ada janda atau pun tidak. Perbualan mereka adalah seperti berikut :-

Anak : emak..UMNO tu apa ye?

Emak : UMNO tu Datuk kau yg telah tua..masa muda-muda dulu ramai orang sanjung..tetapi sekarang tidak lagi..Datuk kau tu kawin ramai..Nenek MCA dan Nenek MIC dan banyak lagi.

Anak : kenapa jadi begitu mak?

Emak : orang tua katakan..bini dia pun satu..bila dah lama tinggal sebumbung dan tahu pe’el perangai datuk kau..maka ada sajalah cerita-ceritinya.

Emak : bila dah tua ..tubuh badan dan otak juga semakin lemah dan lembab..kerja dia makan tido je hari-hari.

Anak : ooooo..

Anak : PaS pulak?

Emak : Pas tu nenek kau yang minta fasakh dengan datuk kau dulu. Mereka tak sefahaman dari dulu lagi. Dulu sekali berbaik semula (lepas cina buta)..tetapi cerai balik...

Emak : Sekarang bekas nenek kau tu dah kawin lain. Dia sebenarnya berjurus..tapi bila dah kawin dengan orang lain..pelik pula perangainya.

Anak : Pelik macamana tu mak?

Emak : Pelik yang tidak boleh di explain kepada kamu nak oi..

Anak : PKR pula mak..saya selalu dengar orang panggil namanya. Agak tersohor juga dia ye.

Emak : ooo..PKR..emmm..emmm..malu juga mak nak ceritakan pasal dia tu..

Anak : cerita la mak..saya nak tau tentang keluarga kita ni..

Emak : eeemm..baiklah mak ceritakan..tapi awe jangan cerita kat orang lain pulak. Nanti malu keluarga kita..

Anak : okk..

Emak : dia tersohor sebab dia adalah bapa saudara kau yang bongsu yang dihalau rumah oleh atuk kau.

Anak : kenapa sampai macam tu sekali mak??

Emak : ye la..emak dengar-dengar dia dah main punggung orang lain..KATA ORANG dah dua tiga punggung yang dibantainya...sampaikan punggung datuk kau pun dia nak bantai sekali..

Anak : wui..hebat juga ye bapak saudara..

Emak : yelah tu..mak dengar sekarang dia dah macam sewel sekarang..

Anak : sewel?? Kenapa mak?

Emak : ...........malas mak nak cerita pasal dia..

Anak : DAP tu plak mak..

Emak : ish..kau ni..banyak Tanya pulak..

Emak : DAP tu bekas kekasih datuk kau dulu. Dia tu adik beradik pada Nenek MCA. Dia kononya nak kawin dengan datuk kau..tapi datuk kau awal2 lagi tolak dia dan kawin dengan kakak dia MCA.

Anak : oooo gitu..

Emak : itulah sebabnya orang TUA DAP tu sangat biadab dengan datuk kau sekarang ni. Tambahan pulak datuk kau tu dah tua..tidak bermaya..ingat-ingat lupa..dah berkedut..nyayok nak mapos..

Anak : kejam juga makcik tua DAP tu ye mak..

Emak : memang pun...

Anak : ok lah mak..terima kasihlah kerana menceritakan salasilah keluarga kita tu..tunggang-langgang dan naik serabut juga ye dengan kisah dia orang.

Emak : kata satu keluarga..tapi hampeh...apelah nasib keluarga kita...

Anak : bapa pergi mana mak?

Emak : entahlah..dah dekat 3 kali bulan mengambang dia tak pulang-pulang..entah-entah dia kawin lain kot..macam Datuk Ibrahim Ali..bebas je...

Anak : apa la mak ni..nak suruh ayah bermadu pulak..

Emak : dah keluarga kita ni huru hara..

Anak : kalau mak dah redha..nak buat camne..berserah jelah..



Sabtu, 7 Mac 2009

BILA UMNO LEMAH – Berlakulah Politik Huru-Hara


Setelah lebih 20 tahun UMNO memerintah Negara ini, perubahan demi perubahan telah dapat dilihat dari masa ke semasa. Dengan mendapat mandat yang kuat dari rakyat jelata ketika dibawah kepimpinan TUN Mahathir, kerajaan telah menumpukan sepenuhnya terhadap pembangunan Negara.

Namun kini, bila sahaja UMNO telah lemah satu keadaan dan scenario yang berbeza telah dapat dilihat. Kelemahan UMNO sedikit sebanyak telah melemahkan kedaulatan orang melayu di bumi ini. UMNO lemah dari segenap segi. Kelemahan yang ada pada UMNO telah menjadi satu peluang kepada bangsa lain dan bangsa melayu sendiri untuk menekan kedudukan orang melayu. Orang melayu semakin dipandang hina oleh bangsa lain.

Lemahnya UMNO..lemahnya pemimpin..lemahlah melayu..

Semasa UMNO kuat, walau pun kuasa Raja-Raja atau Sultan dikurangkan, UMNO tidak membabitkan mereka dalam kancah politik. Namun kini, Yang Mulia Tuaku telah diheret oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kedudukan orang melayu telah dipersendakan. Kemuliaan AGAMA ISLAM telah dipersendakan.

Tiada melayu yang beragama islam dari UMNO, PAS dan PKR yang mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka lebih senang mendiamkan diri dan berpeluk tubuh jika bangsa melayu dan agama islam dipermainkan di bumi mereka sendiri.

Demi politik masing-masing..kedaulatan bangsa dan agama dipertaruhkan oleh bangsa sendiri.

Bilamana UMNO lemah..Politik Huru-Hara yang membosankan telah berlaku dalam Negara ini.

Adakah Dato’ Najib adalah sekuat TUN dalam mempertahan serta mempertingkatkan kedaulatan melayu dan islam di bumi sendiri.

Kita sama-sama perhatikan.

Khamis, 5 Mac 2009

PROJEK PEMBANGUNAN DI KELANTAN – Apakah statusnya?



Saya selaku rakyat jelata menulis kali ini hanya untuk bertanyakan akan status projek-projek pembangunan untuk kemudahan rakyat di Kelantan dan beberapa projek lain di negeri lain. Sebelum PRU-12 dahulu, kerajaan persekutuan telah menghadiahkan rakyat Kelantan dengan beberapa projek mega yang bernilai beratus juta ringgit.

Namun, apakah status projek-projek itu sehingga kini.

Kebiasaannya jika jumlah keseluruhan satu-satu kontrak itu bernilai lebih kurang RM100 juta, maka projek tersebut perlu disiapkan dalam masa lebih kurang setahun atau pun dua tahun.

Jika diambil kira akan masa anugerah projek iaitu sebelum PRU-12, maka kita sudah tentu dapat mengandaikan bahawasanya projek-projek tersebut sudah hampir siap atau pun sudah siap sepenuhnya.

Antara projek-projek yang saya maksudkan itu adalah :-

1. Projek Lebuh Raya Kuala Berang ke Gua Musang ( pakej 6A ) yang sehingga kini tidak boleh diguna oleh rakyat.
2. Projek jalan Tok Bok ke Selising yang masih tidak berbekas-bekas
3. Projek menaik-taraf jalan Gua Musang ke Jeli yang bergerak macam siput.
4. Projek menaik-taraf jalan Kuala Lipis ke Merapoh yang masih tidak tahu hujung pangkal.
5. Projek perlebaran jalan Bachok ke Tok Bali yang kontraktornya sering bertukar-tukar.
6. Projek Politeknik Jeli yang masih pening.
7. Projek pembinaan Universiti Malaysia Kelantan (UMT)
8. Projek Pembinaan perumahan tentera darat di Kem Batu 10, Kuantan.
9. Projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya ke-2 di Kota Bharu yang papan tanda projek semakin buruk dimamah masa.
10. Projek..Projek...Projek...

Jika dicampur keseluruhan jumlah nilai kontrak bagi projek-projek tersebut, kemungkinannya ianya melebihi angka RM 1 Bilion.

Amat rugi sekiranya nilai angka sebesar itu yang telah dilaburkan oleh pihak kerajaan ( dengan menggunakan wang rakyat ), tetapi projek-projek itu masih lagi tidak dapat digunakan oleh rakyat mengikut masa yang telah ditentukan.

Adakah ianya disebabkan oleh kelemahan pihak kerajaan, wakil kerajaan seperti pihak JAdakah KR? Pihak kontraktor yang tidak mampu? Pihak kontraktor yang menipu? Atau...???

projek itu hanya untuk kempen atau senjata politik pihak UMNO?

Atau pun mungkin ada sebab lain yang mungkin saya tidak tahu apa sebabnya.

Namun realitinya, rata-rata rakyat jelata memperkatakan akan status projek tersebut. Mereka merasa hairan kenapa projek-projek lain boleh disiapkan mengikut masanya tetapi berlainan pula dengan projek tersebut.

Selasa, 3 Mac 2009

DATUK IBRAHIM ALI – Bebas...Bebas dan Bebas.

Telah dinyatakan sebelum ini tentang Datuk Ibrahim Ali. Siapa tidak kenal dengan beliau. Seorang yang diberi dengan kepelbagaian gelaran. Gelaran yang tidak sepatutnya diberikan oleh seseorang manusia. Seingat saya gelaran itu diberikan kepada beliau oleh orang-orang Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan niat memburukkan nama beliau dipersada dunia politik ketika itu, kini dan selamanya. Ketika itu sikap beliau amat tidak disukai oleh penyokong parti PAS kerana kelantangan beliau terhadap parti tersebut.

Tetapi tidak disangka-sangka, musuh ketat boleh menjadi kawan. Menjadi kawan semasa PRU-12. Beliau bertanding sebagai ahli BEBAS yang bertiket-kan parti PAS. Beliau telah menang dan melayakkan beliau menjadi ahli parlimen Pasir Mas.

Kelantangan beliau sebagai ahli BEBAS dalam dan luar Parlimen telah memanaskan telinga dan hati sesetengah orang. Beliau seorang yang berfikiran BEBAS. Bercakap di atas kebenaran dan fakta. Tidak memihak kearah mana-mana parti atau ideology politik.

Apa yang salah dihentam secukupnya. Ditegur dan diberi nasihat. Itulah yang dikatakan seorang pemimpin yang bermaruah. Beliau tidak terikat dengan mana-mana parti.

Tidak salah saya katakana di sini. Rakyat jelata sudah muak dengan mainan dan lakonan ahli politik. Tidak kira mereka dari parti kerajaan atau pun pakatan rakyat. Bercakap hanya untuk menyedapkan telinga rakyat dan diri sendiri sahaja.

Aliran pemikiran rakyat yang semakin tidak mempercayai mana-mana parti politik sedang menjalar di Negara ini. Rakyat jelata sedang menolak apa sahaja yang diperkatakan oleh kedua-dua belah pihak.

Jika sebelum PRU-12 mereka amat tidak menyukai dan tidak mempercayai parti BN ( kerajaan ). Mereka telah membahagikan sama rata diantara parti kerajaan dan pembangkang. Mereka memberi peluang kepada parti dari pakatan rakyat untuk memerintah di beberapa negeri.

Mereka mengharapkan satu paradigma yang baru akan berlaku. Tetapi apa yang diimpikan tidak kesampaian. Keadaan menjadi celaru. Bertambah kusut dan semakin menjadi-jadi. Tiada lagi semangat professional dalam muka pemimpin dan ahli politik. Negara ini bagaikan kepunyaan mereka. Bercakap ikut suka hati mulut. Tidak mempedulikan nilai-nilai asas dalam pembinaan dan penubuhan Negara ini.

Saya percaya semakin ramai rakyat jelata sedang dan menelitili dan melihat perkara ini. Mereka akan beralih kepada PARTI-PARTI BEBAS dalam pilihanraya akan datang. Kepercayaan mereka terhadap parti-parti yang wujud pada masa kini semakin menipis.

Berbalik kepada Datuk Ibrahim Ali, saya secara peribadinya tidak bersetuju jika beliau kembali kepada UMNO. Sebelum ini beliau sendiri dicaci dan dibenci oleh orang UMNO kerana politik cah keting dalam UMNO. Beliau dipinggirkan secara sistematik oleh orang UMNO. Walhal beliau adalah orang yang paling berjasa di kawasannya. Tetapi UMNO tetap UMNO ( seperti kisah Dato’ Idris Jusoh dari Terengganu yang berjasa tetapi disisihkan kerana kecemerlangannya ).

Saya juga tidak bersetuju jika beliau bersatu dengan parti Pakatan Rakyat ( PAS-DAP-PKR ). Pakatan yang masih tidak stabil dan bercelaru. Pakatan yang masih mengguna pakai isu politik murahan dan tidak beretika dalam meraih undi.

Kedudukan beliau sebagai ahli bebas adalah lebih disenangi oleh rakyat jelata. Rakyat hanya mahukan cerita sebenar tentang apa yang berlaku. Cerita dari orang yang tidak terikat kaki tangan mulut dan perut sama ada dengan parti pemerintah atau pun daripada parti pakatan rakyat.

Rakyat lebih mempercayai orang BEBAS.