Melayu perak dalam dilema. Dilema putar belit politik. Minda melayu perak telah dijajah semula. Bukan dijajah oleh orang putih tetapi dijajah oleh Sir Karpal Singh DAP. Suara-suara melayu yang menyanggah kedaulatan Tuanku Sultan telah kedengaran. Mereka berani mengeji Tuanku Sultan.
Sepanjang hidup saya tidak pernah kedengaran suara bangsat yang ingin mengambil tindakan terhadap Tuanku Sultan. Hanya seorang pahlawan yang bernama Hang Kubang Karpal Singh yang berani membuatnya.
Jika di zaman dahulu, orang sepertinya akan dimurkai oleh Tuanku Sultan. Sama ada dihukum gantung sampai mati atau pun di buang negeri.
Kekalahan Pakatan Rakyat di Perak amat mengejutkan. Kekalahan selepas kemenangan. Menang sorak kampung tergadai. Kemurkaan Tuanku Sultan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat amat jelas apabila baginda sendiri mengesyorkan kawan dan kawan-kawan dari Pakatan Rakyat meletakkan jawatan.
Melayu-melayu yang tidak dapat menerima penolakkan itu telah berarak ke hulu dan ke hilir dengan menyebut perkataan Yang Maha Esa. Amat malu sekali. Sungguh taksub manusia ini.
UMNO juga malu muka semasa kalah dalam pilihanraya. Mereka dikatakan oleh orang-orang dari Pakatan Rakyat sebagai orang yang menderhakai Tuanku Sultan. UMNO dihina dan dicaci kerana itu. Tetapi UMO terus membisu dan membisu.
Namun sekarang, bagaikan ludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri. Siapa yang menderhakai Tuanku Sultan. Hang Kubang Karpal Singh yang tidak pernah susah senang menjaga tanah melayu bersama Tuanku Sultan.
Melayu dalam dilema. Sudah tidak kenal siapa tuannya. Hang Kubang Karpal Singh atau Tuanku Sultan.
ADA OTAK PAKAI, ADA MATA LIHAT DAN ADA TELINGA DENGAR.
DAULAT TUANKU.
DAULAT TUANKU.
DAULAT TUANKU.
0 ulasan:
Catat Ulasan