Rabu, 23 Disember 2009

PERSATUAN PENIAGA MELAYU yang masih lena.




Rata-rata peniaga kecil-kecilan melayu terutamanya di negeri Kelantan menarik muka bila berbicara tentang persatuan peniaga melayu Kelantan itu. Malahan para usahawan itu tidak tahu apa tujuan utama akan penubuhannya.

Beberapa orang rakan peniaga menarik nafas bila perkara ini ditanya kepada mereka. Tiada kata pujian diberikan tetapi hanyalah kutukan demi kutukan yang didengari.

Golongan peniaga melayu sama ada yang baru memulakan perniagaan atau pun yang telah lama berniaga merasakan mereka hanya keseorangan dalam membangunkan perniagaan mereka. Bagi mereka yang mempunyai modal pusingan yang besar tidaklah mengapa..tetapi berlainan pula bagi mereka yang mempunyai modal yang kecil.

Rata-rata mereka memuji akan persatuan peniaga bangsa lain terutamanya dari kaum cina yang amat mengambil berat akan nasib usahawan mereka. Tidak kira mereka itu berfahaman politik mana, tetapi dalam berniaga mereka tidak kenal siapa kawan dan siapa lawan. Semuanya dibantu dengan berbagai kemudahan yang sepatutnya.

sebagai contoh, seorang peniaga berketurunan mamak ingin membuka kedai runcit (dengan skala yang besar ) di Bandar baru Gua Musang. Saya sempat bertanyakan beliau dari mana datangnya modal untuk beliau menjalankan perniagaan tersebut? Katanya ianya akan disalurkan oleh persatuannya tidak lama lagi. Tidak sampai sebulan, saya dapat melihat semua bahagian premis perniagaannya telah dipenuhi dengan barangan dan beliau telah boleh melakukan perniagaan.

Cuba bayangkan seorang mamak yang tidak tahu latar belakang pendidikan, tempat tinggal serta asal usulnya dan juga kebolehannya..dibantu sedemikian rupa oleh persatuannya. Sehingga kini perniagaan beliau masih terus berjalan dan boleh dikatakan telah pun berjaya.

Di sini amatlah jelas kepada kita bahawasanya persatuan kita hanya tinggal persatuan sahaja tetapi tidak menjalankan fungsinya yang sebenar. Fungsinya dalam menambahkan bilangan peniaga melayu. Membantu dalam segala segi keperluan yang diperlukan oleh usahawan.

Seorang kawan ada menyatakan, Persatuan Peniaga kita hanya suka menambah ahli bagi mendapatkan yuran tahunan. Seminar di sana sini yang tidak membawa erti kepada peniaga. Mereka juga asyik dengan jamuan dan majlis-majlis keraian. Lebih teruk lagi, mereka yang menjadi ahli berpolitik untuk mendapatkan jawatan dalam satu-satu persatuan tersebut.

Saya dan juga rakan-rakan mengakui bahawasanya terdapat usaha pihak kerajaan dalam membantu usahawan melayu tetapi apa yang kami ingin persoalkan adalah usaha-usaha yang dilakukan oleh persatuan-persatuan peniaga melayu dalam memberi bantuan kepada peniaga melayu.

Janganlah jadikan persatuan tersebut sebagai tempat berhimpun, seminar, ceramah, makan minum dan pulang dengan tangan kosong. Tiada apa-apa perubahan terhadap peniaga melayu yang masih memerlukan perhatian.


0 ulasan: