Sabtu, 19 Disember 2009

ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN – apa perkembangannya?


Isu royalty minyak Kelantan sudah sampai di tahap seperti penyakit yang sudah tidak boleh diubati lagi. Rata-rata penyakit ini sudah hinggap ke dahi rakyat Kelantan.

Setiap kali berbicara di kedai kopi...topik minyak ini sering kali membuatkan rakyat Kelantan menjadi naik minyak.

Pakcik makcik tua muda besar kecik amat suka dan amat gembira memperkatakan akan halnya. Kebanyakkan mereka amat bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz. Mereka amat bersetuju bahawasanya wang royalty diberikan kepada rakyat Kelantan dan mereka juga bersetuju wang tersebut disalurkan melalui kerajaan negeri yang memerintah dan bukannya melalui jabatan lain yang dilantik oleh kerajaan pusat.

Secara peribadinya, saya bersetuju wang royalty patut diberikan kepada rakyat Kelantan dan saya juga bersetuju jika ianya disalurkan melalui mana-mana saluran sama ada melalui kerajaan negeri atau pun jabatan-jabatan yang dilantik oleh kerajaan pusat.

Namun demikian...apakah status atau perkembangan berkenaan wang royalty ini??
Seleheng (pertikaian) pandangan antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan pusat nampaknya semakin kusut. Pertelingkahan kerana kedegilan kedua-dua kerajaan. kedegilan untuk menegakkan benang yang basah. Kedegilan yang wujud untuk mempolitikkan isu ini dengan lebih lanjut lagi.

Satu urusan yang senang sudah menjadi kusut dibuatnya.

Bagi saya kes ini tidak perlulah dipanjangkan ke mahkamah..selesaikan mengikut tabii-nya yang asal. Jika Kelantan layak, bagi sajalah..janganlah dok berdolak dalih lagi..dan jika tidak layak..katakanlah dengan berfakta. Rakyat semuanya sudah tahu menilai yang benar dan yang salah.

Saya percaya jika isu ini dibawa ke mahkamah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Mungkin makan masa bertahun lamanya. Kita sedia maklum..mahkamah sekarang bukan boleh dipegang sangat akan keputusannya..mahkamah tinggi kata itu..pergi mahkamah rayuan lain pula jadinya..pergi mahkamah lain..lain pula jawapannya. Akhirnya pergi jahanam semuanya..

Lagi pun kes-kes besar yang dibicarakan pun masih lagi tidak dapat diselesaikan. Seperti kes DS Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat sampai hari ini masih tergantung tanpa kata putus. Sikit-sikit tangguh..sampai DS Anwar dan para kakitangan mahkamah yang muda dahulu telah mencapai umur tua kerepok semuanya. Tapi masih belum-belum selesai akan kesnya. Bila nak selesai daaaaa...

Keputusan yang lambat akan menyebabkan kerugian yang besar terhadap rakyat Kelantan. Andai kata perbicaraan itu mengambil masa dua tiga tahun...apa akan jadi dengan rakyat Kelantan yang berharap sangat dengan wang royalty tersebut??? Macam tunggu buah tidak gugur...bila gugur sudah buruk di dalamnya...hmmm kesiannn..

Jika dilihat pada senario sekarang ( dari aspek political mileage ), nampaknya reputasi tok guru semakin baik. Kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan pusat melalui UMNO / BN semakin menurun di Kelantan. Isu ini telah melonjakkan nama tok guru di kalangan rakyat Kelantan. Mereka amat bersetuju dengan tok guru.

Jadi..kerajaan pusat atau pun UMNO atau BN seharusnya mengambil kira isu ini dari segi politik dalam meraih undi pada masa akan datang. Isu ini telah menghakis sedikit sebanyak kepercayaan dan keyakinan rakyat Kelantan terhadap slogan DS Najib ; 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Kepada pemimpin PAS pula janganlah gelojoh terhadap hal ini...biasanya orang yang makan dengan gologoh akan tercekik sendiri..makanlah perlahan-lahan..kalau tercekik pun..sekurang-kurangnya ada air disebelah..

Seperkara lagi..sekiranya ditakdirkan wang royalty itu dipam ke Kelantan, diharapkan pihak yang mengurusnya tidaklah terbeliak mata melihatnya. Jaga dan gunalah sepenuhnya amanah itu untuk rakyat jelata. Gunalah ia denga bijaksana untuk pembangunan dalam negeri. Kongsilah bersama-sama rakyat yang memerlukan.

Dan yang penting...jadikanlah kerajaan Terengganu sebagai iktibar dalam penggunaan wang royalty tersebut.

PAKCIK : semua pakat nak jadi orang minyak

0 ulasan: