Selasa, 29 September 2009

TOK GURU vs TOK HIM – Bagai kucing dan anjing



Baru sahaja selesai bulan puasa dan hari raya, tanduk setan mula tumbuh kembali di kepala kedua-dua pemimpin politik ini. Pemimpin politik melayu dan beragama islam. Bergaduh dan bercakaran sesama sendiri.

Perbalahan yang bertujuan politik semata-mata disamping mengelirukan pemikiran rakyat jelata. Kedua-duanya mempunyai agendanya yang tersendiri yang sama sekali tidak menguntungkan rakyat jelata. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak adalah seupama sampah yang sedang membusuk di sana sini yang tidak dipedulikan oleh majlis bandaran.

Jika meneliti kata-kata Datuk Ibrahim itu, kegagalan kerajaan PAS mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan ada juga kebenarannya. Walau pun telah hampir 20 tahun kerajaan Tok Guru diberi mandate oleh rakyat, namun keadaan yang sama masih lagi terjadi kepada rakyat dan negeri Kelantan.

Di pihak tok guru pula, kenyataan adalah berbaur politik sama sekali. Tok guru mendesak Datuk Ibrahim meletak jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan apa yang DIFIKIRKAN oleh tok guru. Ianya melibatkan hal parti dan bukannya hal rakyat.

Jika tok guru boleh memberi kata dua kepada Datuk Ibrahim untuk meletakkan jawatan, bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin PAS yang lain ( selain Ustaz Nasarudin ) yang terang-terangan berbeza pendapat dengan tok guru. Adakah mereka ini juga didesak agar meletakkan jawatan?

Di sebelah jajahan Gua Musang angin sumpahan terhadap tok guru dan pemimpin-pemimpin PAS negeri sedang marak kedengaran. Rakyat telah kehilangan tanah serta kebun yang telah dan sedang mereka terokai akibat perbuatan balaci-balaci tok guru sedang marak membakar rakyat pendalaman.

Penipuan demi penipuan terhadap penduduk kampong pendalaman berkenaan projek LADANG RAKYAT oleh balaci-balaci tok guru telah membakar hati mereka. Tanah yang di pajakkan kepada saudara chin peng selama 60+30 tahun dan sama sekali menidakkan kepentingan rakyat itu telah menghiris hati rakyat di kawasan pendalaman.

Begitu juga di kawasan Cameron Highland. Kononnya tanah dan hutan belantara dicuci untuk diberikan kepada rakyat. tetapi hakikatnya lessen mencuci kawasan diberikan kepada syarikat kepunyaan chin peng bagi mencuci kayu balak dikawasan tersebut.

Bukit gondola ditinggalkan dan dibiarkan agar dipenuhi dengan pohon-pohon buluh. Kebun tiada tanah tiada.

Hinggakan pernah kedengaran lawak yang tidak lucu di telinga pakcik bahawasanya orang asli sudah hilang HABITAT asalnya dek perbuatan balaci-balaci tok guru tersebut.


Jika dahulu pernah terdengar dan juga menjadi daya tarikan dalam diri ini terhadap kata-kata orang PAS..biarlah Kelantan dilihat mundur asalkan tanah tidak jatuh ke tangan kaum lain. Namun, apa yang nyata kini..biarlah Kelantan mundur asalkan kayu balak dapat ditebang oleh kaum lain dan tanah dapat dipajakkan kepada kaum lain.

Biarlah orang melayu dan orang asli hidup merempat di bumi sendiri.

Rakyat Kelantan yang berada di sebelah hilir dan yang bekerja ‘makan gaji’ tidak merasai keadaan ini..tetapi mereka yang hidup dengan bergantung kepada kebun getah dan kelapa sawit seperti rakyat di sebelah hulu ( Kawasan Gua Musang dan Kuala Krai ) amat menyeksakan sekali.

Suatu hari nanti anak, cucu dan cicit mereka akan menjadi kuli di dalam ladang chin peng yang dipajakkan ( yang tanahnya dirampas dari penduduk kampong) oleh balaci-balaci tok guru.


Begitu juga di kawasan TOK Bali..kawasan yang jauh dari negeri siam dan berdekatan dengan negeri Terengganu. Namun hakikatnya, peniaga dan penduduk berketurunan siam nampaknya lebih ramai dari orang melayu tempatan. Mereka telah mempunyai rumah tempat tinggal serta tempat beranak pinak, kedai untuk berniaga dan tanah untuk bercucuk tanam. APA KE HELL tu ?

20 tahun tok guru memerintah negeri tidak banyak perubahan dilakukan. Perubahan yang dilakukan kini tidak ubah seupama seorang perempuan tua berkedut yang ingin nampak cantik dengan memakai mekap murah yang dibeli dari kedai-kedai tepi jalan yang dibekalkan dari Golok.

Saya selaku rakyat..tidak akan memilih bulu bila berbicara..dan tidak akan memilih bulu bila memberi undi. Saya akan memberi mandate kepada mereka yang berjuang untuk kepentingan rakyat.

Slogan dan cogan kata hanyalah retorik semata-mata dan tidak akan dicatatkan dalam buku perkiraan saya. Kepentingan kepada rakyat adalah keutamaan kepada semua pemimpin yang dipilih.


Kepada Datuk Ibrahim..jika tok guru meletakkan jawatan sebagai menteri besar dan diganti dengan orang lain, adakah Kelantan akan berubah seperti yang dikehendaki jika PAS masih memerintah Kelantan?

Dan kepada TOK GURU...jika TOK HIM meletakkan jawatan, adakah kelemahan-kelemahan PAS akan sentiasa tertutup dan tidak diketahui umum?

Rakyat tidak seharusnya taksub kepada mana-mana parti politik dan juga kepada mana-mana pemimpin parti. Jika kerajaan sedia ada tidak menjaga kepentingan rakyat, kita berhak mengubahnya semasa pilihanraya. Tidak kira ianya dari Barisan Nasional, Pakatan Rakyat atau pun dari parti bebas.

Itulah dia..tok guru vs tok him – Bagai kucing dengan anjing. Kucing makan dalam rumah dan kadang-kadang makan tikus manakala anjing juga makan dalam rumah dan kadang-kala makan tulang. Dua kali lima. Kong kali kong.

PAKCIK kecewa dengan Negeri Kelantan. Negeri mundur tapi dikatakan maju. Maju ke belakang.


1 ulasan:

ISAC berkata...

Salam Bro,

Harap dapat masukkan/aktifkan "gadget" Follower. Ini memudahkan para blogger untuk meng"linkkan" blog tuan dengan blog kami.

Wassallam.