Khamis, 5 Mac 2009

PROJEK PEMBANGUNAN DI KELANTAN – Apakah statusnya?



Saya selaku rakyat jelata menulis kali ini hanya untuk bertanyakan akan status projek-projek pembangunan untuk kemudahan rakyat di Kelantan dan beberapa projek lain di negeri lain. Sebelum PRU-12 dahulu, kerajaan persekutuan telah menghadiahkan rakyat Kelantan dengan beberapa projek mega yang bernilai beratus juta ringgit.

Namun, apakah status projek-projek itu sehingga kini.

Kebiasaannya jika jumlah keseluruhan satu-satu kontrak itu bernilai lebih kurang RM100 juta, maka projek tersebut perlu disiapkan dalam masa lebih kurang setahun atau pun dua tahun.

Jika diambil kira akan masa anugerah projek iaitu sebelum PRU-12, maka kita sudah tentu dapat mengandaikan bahawasanya projek-projek tersebut sudah hampir siap atau pun sudah siap sepenuhnya.

Antara projek-projek yang saya maksudkan itu adalah :-

1. Projek Lebuh Raya Kuala Berang ke Gua Musang ( pakej 6A ) yang sehingga kini tidak boleh diguna oleh rakyat.
2. Projek jalan Tok Bok ke Selising yang masih tidak berbekas-bekas
3. Projek menaik-taraf jalan Gua Musang ke Jeli yang bergerak macam siput.
4. Projek menaik-taraf jalan Kuala Lipis ke Merapoh yang masih tidak tahu hujung pangkal.
5. Projek perlebaran jalan Bachok ke Tok Bali yang kontraktornya sering bertukar-tukar.
6. Projek Politeknik Jeli yang masih pening.
7. Projek pembinaan Universiti Malaysia Kelantan (UMT)
8. Projek Pembinaan perumahan tentera darat di Kem Batu 10, Kuantan.
9. Projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya ke-2 di Kota Bharu yang papan tanda projek semakin buruk dimamah masa.
10. Projek..Projek...Projek...

Jika dicampur keseluruhan jumlah nilai kontrak bagi projek-projek tersebut, kemungkinannya ianya melebihi angka RM 1 Bilion.

Amat rugi sekiranya nilai angka sebesar itu yang telah dilaburkan oleh pihak kerajaan ( dengan menggunakan wang rakyat ), tetapi projek-projek itu masih lagi tidak dapat digunakan oleh rakyat mengikut masa yang telah ditentukan.

Adakah ianya disebabkan oleh kelemahan pihak kerajaan, wakil kerajaan seperti pihak JAdakah KR? Pihak kontraktor yang tidak mampu? Pihak kontraktor yang menipu? Atau...???

projek itu hanya untuk kempen atau senjata politik pihak UMNO?

Atau pun mungkin ada sebab lain yang mungkin saya tidak tahu apa sebabnya.

Namun realitinya, rata-rata rakyat jelata memperkatakan akan status projek tersebut. Mereka merasa hairan kenapa projek-projek lain boleh disiapkan mengikut masanya tetapi berlainan pula dengan projek tersebut.

0 ulasan: