Khamis, 1 November 2007

'Yang Berhormat' yang tidak dihormati



Istilah wakil rakyat amat popular sejak zaman berzaman lagi. Istilah itu wujud bila seseorang itu dipilih oleh orang awam yang juga dipanggil sebagai rakyat jelata disatu-satu tempat. Orang yang dipilih itu mestilah seseorang yang mempunyai kredibiliti serta boleh dipercayai oleh rakyat jelata itu. Selain itu, manusia terpilih itu juga amat disegani kerana ketokohannya dalam memimpin rakyat jelata itu. Bermula daripada pemilihan itu, maka lahirlah orang yang dipanggil wakil rakyat itu. Oleh kerana ketokohan serta disegani itu maka rakyat jelata mula memanggil orang yang dikatakan wakil rakyat itu dengan panggilan ‘YANG BERHORMAT’ atau singkatannya YB.

Setelah terpilihnya wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu, betapa gembiranya masyarakat kampong bila wakil rakyat atau ‘Yang Berhormat’ itu mula mengumumkan berjela-jela serta bertimbun-timbun pelan pembangunan dan perubahan kepada rakyat jelata bagi meraikan akan kemenangan yang diperolehinya. Di masa itu juga, kegembiraan telah terpancar dikedua-dua air muka rakyat jelata dan wakil rakyat tersebut yang juga dipanggi Yang Berhormat.

Mandate serta harapan yang diberikan kepada wakil rakyat tersebut oleh rakyat jelata amat besar. Wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu mengambil amanah serta harapan penduduk kampong dengan hati yang tenang dan penuh keyakinan. Walaupun wakil rakyat itu tahu akan tugasan yang akan atau mesti dilakukan olehnya untuk rakyat begitu besar sekali, namun mimik mukanya sentiasa tetap tersenyum serta ketawa.

Oleh kerana rakyat jelata dapat melihat sendiri mimik mukanya yang senantiasa tersenyum lebar itu, maka satu keyakinan dan harapan yang menggunung yang lebih tinggi dari gunung everest telah disemai di dalam hati rakyat jelata terhadap wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu.

Orang kampong atau rakyat jelata terutamanya mereka yang lebih berumur memuji akan ketokohan serta kredibiliti yang ada pada wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu. Anak muda yang baru mengenali politik tidak usah cari pasal memburukkan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat itu. Segala yang baik itu ada pada Yang Berhormat pilihan mereka itu. Mereka percaya dan terus percaya serta amat berkeyakinan bahawasanya wakil rakyat akan berusaha menunaikan janji-janjinya yang ditabur itu.

Orang kampong tetap menunggu dengan penuh sabar akan tertunainya janji-janji manis, masin, hangit dan sebagainya itu. Mereka tetap setia kepada satu-satunya wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu.

Setelah seminggu saya berada di tempat kerja yang baru ini. Maka kawan-kawan lama mula mencari dan mengajak untuk berbual-bual bagi meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing.

Sambil menghirup kopi di kedai disalah satu kampong yang dikatakan sedang mengalami proses transformasi yang dipanggil ‘bandar atau pekan’ di Daerah Gua Musang ini, maka banyaklah perkara yang dibualkan oleh kami semua. Daripada hal personal sehinggalah kepada perkara lain termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan politik.

Ketika sambil menghirup kopi itu, saya hampir tersedak bila salah seorang rakan menceritakan akan apa yang dia dapat dari salah seorang wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu.

Katanya, wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu sudah lagi tidak dihormati olehnya. Bukan dia seorang saja yang mula tidak menghormati Yang Berhormat itu. Katanya setiap kampong yang berada di dalam sempadan kawasan wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu sudah mula berbisik-bisik akan belang yang ditunjukki oleh wakil rakyat atau Yang Berhormat itu.

Sebagai orang kampong, mereka memang dahagakan apa yang dipanggil kemajuan itu. Mereka juga ingin melihat apa jasa bakti yang boleh diberikan oleh seseorang wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu. Jika setahun, mereka boleh diam kerana memikirkan mungkin wakil rakyat mereka itu tengah menyusun strategi untuk membangunkan kampong mereka. Jika sudah melepasi tiga tahun, kesabaran orang kampong mula goyah. Fikiran orang kampong mula kearah lain. Hati mereka mula menjadi tawar-setawarnya seperti biskut tawar yang dijual di kedai pak din spoket.

Rakan saya ini bukannya orang lain. Dia telah bergiat begitu lama dalam politik. Beliau mengenali akan wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu. Begitu juga dengan wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu, mereka saling kenal-mengenali diantara satu sama lain.

Ceritanya, oleh kerana sudah lama menunggu akan apa yang ditabur oleh wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu disuatu masa dahulu masih lagi tidak tertunai, maka beliau serta beberapa orang kampong yang lain bertanya akan perkembangan janji-janji itu. Katanya bukan jawapan yang diberikan oleh wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu. Beliau serta rakan-rakannya yang lain dimarahi oleh wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu. Mulut saya terus terngaga mendengarnya.

Sebagai orang kampong, mereka hanya sekadar bertanya. Bila orang bertanya, kita mesti jawab. Apatah lagi jika orang yang bertanya itu adalah rakyat jelata dan orang yang ditanya itu adalah wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat.

Oleh kerana jawapan ‘DITENGKING’ telah diterima oleh rakan saya serta rakan-rakannya yang lain itu. Maka, hatinya mula luluh serta hilang rasa hormat kepada wakil rakyat atau yang dipanggil Yang Berhormat itu.

Apa yang menjadi persoalannya, mengapa seorang yang dipanggil wakil rakyat atau Yang Berhormat itu boleh bertindak sedemikian terhadap rakyat jelata. Dimana letaknya akan kredibiliti serta gelaran Yang Berhormat yang ada padanya itu.

Jika itulah sikapnya selaku wakil rakyat atau apa yang dipanggil Yang Berhormat itu. Saya percaya beliau tidak akan dapat mempertahankan pangkat wakil rakyat atau apa yang dipanggil Yang Berhormat yang telah diberikan oleh orang kampong atau apa yang dipanggil rakyat jelata itu.

Tugas seseorang wakil rakyat atau apa yang dipanggil Yang Berhormat itu sudah jelas seadanya. Mereka wajib membela akan nasib rakyat jelata yang telah memberikan mereka akan status serta pangkat tersebut. Mereka seharusnya melayani dengan sebaik mungkin akan permintaan rakyat jelata itu. Jika mereka gagal, lihatlah untung nasib mereka suatu hari nanti. Walaupun orang kampong tidak berpelajaran tinggi, mereka juga manusia yang dianugerahi dengan akal fikiran. Akal fikiran yang boleh menilai siapa yang baik, boleh dipercayai serta boleh diharapkan. Akal fikiran yang akan menentukan nasib seseorang wakil rakyat atau apa yang dipanggil Yang Berhormat itu.

Janganlah sampai orang kampong atau apa yang dipanggil rakyat jelata itu sudah hilang kesabarannya dan mula tidak menghormati orang yang dipanggil Yang Berhormat itu. Hilang status wakil rakyat, hilang status Yang Berhormat.

0 ulasan: