Hangat ketika ini... isu-isu yang mungkin dipandang sepi oleh sesetengah pihak. Namun bagi rakyat jelata.. ianya bukanlah satu isu kecil yang boleh diketepikan begitu sahaja.
ISU GULA
Isu ini sudah lama diperkatakan. Ianya sudah menjadi satu buah mulut dikalangan rakyat jelata sejak beberap bulan lalu. walau apa pun yang dilakukan oleh pihak yang berwajib, terutamanya pihak KPDNHEP..namun ianya semakin hari semakin parah jadinya.
Keparahan yang paling ketara adalah terpaksa ditanggung oleh pihak peniaga runcit secara kecil-kecilan. Syarat terbaru dan TERKINI yang dikenakan oleh pemborong adalah... Gula hanya dijual kepada regular customer sahaja..itu pun kena berbelanja melebihi RM 300++ untuk mendapatkan satu peti @ 24bag gula. 1 bag = 1kg..
Jika kita bukannya yang dipanggil regular customer, maka setengah peti sahaja diberikan!!!..
Harga 1 bag seperti yang diarahkan oleh KPDNHEP adalah RM 1.65. Tetapi amat malang sekali jika harga yg dibeli sepeti adalah bersamaan RM 40.00 @ RM 1.67/bag!! Jika diambil kira harga yang disyorkan, dimana MODALnya?? Dimana letakknya kos pengangkutan...dan bla..bla...
Jika di selidikki, kebanyakkan peruncit kecil-kecilan akan menjual dengan harga RM 1.80/bag dan mungkin akan mencecah RM 2.20/bag... satu harga yg rendah diri bagi menampung kos-kos lain yang terpaksa ditanggung. Namun malangnya, harga tersebut akan mendedahkan peruncit tersebut kepada tindakan undang-undang oleh KPDNHEP.
Bagi saya.. kenaikkan harga dalam lingkungan 20 sen ke 40 sen adalah tidak membebankan rakyat sama sekali berbanding dengan bekalan yang terputus. Terputusnya bekalan akan menyebabkan kegiatan ekonomi rakyat akan terganggu.
Bagi peruncit, gula merupakan salah satu BAHAN PELARIS untuk menarik pelanggang. Tiada gula maka berkuranglah pelanggang yang akan memasukki kedainya. Maka barangan lain akan tidak terjual dan ini akan merugikan peniaga.
Kerajaan harus ingat, kebanyakkan peniaga runcit adalah terdiri daripada kalangan orang melayu. Mereka ini bergantung harap kepada pemborong dari kalangan kaum lain untuk mendapatkan bekalan barangan runcit untuk kedai mereka.
Masa ini bukanlah masanya pihak kerajaan atau pun KPDNHEP bercakap soal harga..subsidi atau pun tidak!!!.. mereka seharusnya bercakap soal bekalan..jangan dikira soal belian PANIK atau pun sikap menunding jari kepada pengguna atau peniaga.. .. soalnya sekarang adalah BEKALAN yang terputus.
Rakyat kini bukan bercakap soal harga subsidi atau pun harganya.. rakyat bercakap soal bekalan. Selesaikan isu bekalan dahulu baru bercakap soal harga.
Bayangkan... jika dalam 5 ke 10 buah kedai yang dikunjungi, hanya satu kedai sahaja yang ada bekalan gula... apa perasaan anda??
ISU AIR
Seperti yang telah saya sebutkan dalam artikel saya yg lepas, sudah 50 tahun Negara merdeka..tetapi rakyat kita masih tidak merdeka dengan isu air. Tibanya musim kemarau, maka berbunyilah kaset lama yang diputarkan setiap tahun. Kena dengan waktunya.
Saya tidak mahu sentuh negeri-negeri lain. ISU AIR NEGERI KELANTAN. Saban tahun sahaja isu ini berbunyi. Tidurkah mereka-mereka yang ditugaskan untuk menjaga bekalan air itu? Jika lima tahun lepas rakyat dah bising... tahun lepas pun berlaku perkara yang sama...tahun ini berulang lagi... apa yang sedang tuan-tuan semua lakukan??? Makan gaji buta ke??
Dimana majlis perancangan negeri?? Di mana ketua-ketua pengarah?? Dimana wakil-wakil rakyat?? sembunyi bawah meja ke??
Tiada perancangan untuk tempoh 5 tahun.. 10 tahun.. 15 tahun... atau pun 20 tahun?? Tiadakah unjuran penggunaan air oleh rakyat yang disediakan oleh tuan-tuan semua.
Adakah sikap TERHANTUK BARU TERGADAH menjadi pegangan tuan-tuan selama ini?? Takde komplen maka tak payah buat apa-apa??
Jangan sebut lagi pasal penggunaan telaga.. air sungai...air bawah tanah... atau sebagainya..Itu merupakan option ke-2 bagi masyarakat atau rakyat. mereka memerlukan air bersih yang dibekalkan oleh pihak berwajib.. terutamanya mereka yang tinggal di taman-taman yang baru dibangunkan.
Di sini terus terang saya nyatakan bahawasanya kerajaan Kelantan telah gagal dalam menguruskan akan hal ini. Semoga adanya perubahan yang segera dalam menyelesaikan masalah kekurangan atau ketiadaan bekalan air ini.