Sabtu, 24 Oktober 2009

MARA dan TEKUN – Indah khabar dari rupa.



Mengenang slogan ‘maut’ Perdana Menteri DS Najib, “ 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”...ianya nampak cukup lengkap dan memenuhi anspirasi rakyat serta prinsip asal sistem demokrasi, “ Kerajaan dipilh oleh rakyat dan untuk rakyat” dan juga memenuhi maksud kata-kata “ Dari Rakyat kepada Rakyat”.

Namun, slogan berapi-api DS Najib itu telah pun dirosakkan oleh pihak-pihak yang diamanahkan untuk mentadbir Agensi seperti MARA dan TEKUN terutamanya dalam urusan pinjaman untuk perniagaan.

Baru-baru ini saya telah mengunjungi kedua-dua agensi tersebut dengan harapan yang amat besar sekali dalam hidup saya. Harapan untuk mengintai peluang yang ditawarkan oleh agensi tersebut kepada generasi muda seperti saya.

Harapan untuk mendapatkan apa yang hangat diperkatakan di masa kini. Harapan bagi menambah modal untuk perniagaan saya.

KRONOLOGI DI PEJABAT TEKUN (PASIR PUTEH – Kelantan)

1. Pegawai bertugas hanya ada dua orang sahaja yang sedang bertugas.
2. Saya menerangkan tujuan kedatangan.
3. Pegawai menerangkan syarat2 untuk mendapatkan pinjaman dan saya menyetujuinya.
4. Pegawai menceritakan ada permohonan yang masih lagi tidak diluluskan.
5. Saya memohon agar pegawai membuat lebih penilaian terhadap permohonan saya.
6. Katanya kalau bagi borang pun..GERENTI TIDAK LULUS..
7. Katanya tidak dapat menolong dan menasihati saya membuat pinjaman melalui BANK.
8. Saya tanya siapa yang boleh menolong saya mendapatkan pinjaman?
9. Katanya hanya menteri yang boleh menolong saya.
10. Saya tanya siapa menteri tersebut..katanya Dato’ Noh Omar.
11. Saya kata..takpelah nanti saya minta dengan Dato’ Noh.
12. Saya pulang dengan tin kosong..kecewa, bengang dan meluat.

KRONOLOGI DI PEJABAT MARA (PASIR PUTEH – Kelantan)

1. Saya menerangkan maksud kedatangan.
2. Pegawai bertugas hanya ada seorang sahaja yang bertugas.
3. Pegawai terus-terang menyatakan pembekuan sementara bagi tujuan pinjaman perniagaan.
4. Saya soal kenapa?
5. Pegawai menerangkan pemohonan yang lama masih belum diluluskan.. budget tiada.
6. Saya tanya..” Bila pula permohonan boleh dibuka semula”?
7. Jawabnya “ Tidak tahu”.
8. Saya pulang dengan tin kosong..kecewa sahaja.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah mengenai kegagalan slogan DS Najib sedang memburuk di jabatan-jabatan tersebut. Walau pun saya dengan penuh yakin dengan apa yang ingin saya lakukan, namun keyakinan itu menjadi goyah bila berurusan dengan pihak seperti ini.

Walau pun semua orang di daerah tersebut tahu potensi perniagaan saya untuk terus maju, namun itu tidak menjadi halangan untuk pegawai-pegawai tersebut menolak permohonan saya begitu sahaja.

Jika dilihat dari segi kedudukannya, di hadapan kedai, projek LKIM beserta unit kediaman sedang dijalankan, dibelakang kedai pula beratus-ratus unit perumahan sedang berjalan manakala kiri kanan kedai pula didirikan dengan unit rumah mewah oleh pemaju tempatan. Adakah ianya tiada potensi untuk maju di masa akan datang?

Begitu juga dengar khabar sekolah dan Ibu Pejabat Polis (IPD) akan didirikan di kawasan tersebut. Adakah ianya tiada potensi untuk maju?

Komitmen saya mendapatkan premis yang bernilai beratus ribu ringgit di lokasi tersebut tidak dipandang oleh mereka walau sedikit pun.

Adakah kerana saya memakai selekeh dan tidak dikenali oleh mereka..atau adakah mereka mahu sesuatu jika ingin meluluskan permohonan saya?

Gaya mereka mencabar dan memperli saya untuk mendapatkan sendiri kebenaran daripada Dato’ Noh adalah sesuatu yang dikesali sekali. Walau pun tiada halangan untuk saya berbuat demikian, namun ianya adalah tidak kena caranya jika saya meneruskan dengan apa yang mereka cadangkan itu. Kedudukan Dato’ Noh perlu saya hormati..namun jika terpaksa, saya tidak dapat menjamin atau teragak-agak untuk melakukannya.

MARA DAN TEKUN – Indah khabar dari rupa. Tiada semangat 1Malaysia, RAKYAT tidak DIDAHULUKAN dan pencapaian tidak diutamakan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam
keusahawanan...berusahalah tanpa jemu meredah onak dan ranjau...masalah saudara ini cuma sabahagian kecil yang bakal saudara hadapi bile hendak bergelar usahawan..kalau dengan mara dan tekun pun saudara sudah buntu lupakanlah untuk menjadi usahawan wibawa..
hayati prinsip keusahawanan itu sendiri dan harungi dengan tabah, insyallah Allah akan tunjukkan jalan....
buktikan saudara juga melayu yang tidak perlukan tongkat untuk maju walaupun tongkat itu hak kita...sudah ramai melayu yang berjaya tanpa tongkat sakti itu..dan nikmat kejayaannya lebih manis dn bermakna...
MARA dan TEKUN telah berjaya memainkan peranan mereka dan janganlah kita menghina mereka sesuka hati..salam

Unknown berkata...

welcome to the real world.
anda belum cuba smidec lagi! Byk cerita org berjaya tetapi tak nampak pulak pada saya!
pergi MARA ngan TEKUN ni macam main 4D la gak.
Hari baik, masyukkkk.. dia org layan ngan baik.
hari tak baik, siap kene perli.
Yg aku nampak MARA byk tolong org ialah MRSM.
Yg aku nampak TEKUN byk tolong org, ialah ceritanya saja.