Khamis, 13 Ogos 2009

PAS – biar pahit, ku telan jua.


Itulah perkataan yang boleh diberikan kepada PAS setakat ini. Sejak berkawan dengan ‘rakan-riot’ yang nakal itu, sikap PAS terhadap prinsip asal perjuangannya semakin tidak relevan lagi.

PAS – Parti yang meletakkan perkataan ISLAM pada namanya ditubuhkan untuk menegakkan syiar ISLAM di Negara ini. Tetapi ianya sudah menjadi retorik dan angan-angan kosong sehingga kini.

jika diselak sejarah PAS sebagai pembangkang yang ingin menegakkan Negara islam di suatu ketika dahulu, apa sahaja yang tidak selari dengan parti akan ditentang habis-habisan.

PAS akan melakukan apa sahaja demi menjaga nama ISLAM dari tercemar ( pada pandangan mereka ). PAS akan mengutuk sesiapa sahaja yang jika dilihat cuba untuk merendahkan martabat agama islam.

Sejarah telah membuktikan segalanya akan perjuangan PAS dalam menjaga nama ISLAM.

1. PAS ditubuhkan kerana golongan ulama dalam UMNO tidak bersetuju dengan cara UMNO mentadbir Negara.

2. PAS menjatuhkan hukum UMNO adalah kafir dan haram disisi islam kerana bergaul mesra dengan bukan islam.

3. PAS telah mengharamkan aktiviti-aktiviti kebudayaan yang dikatakan melalaikan dan tidak selari dengan kehendak agama.

4. PAS pernah menggelar TUN M dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya apabila TUN mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina NABI dan ISLAM.

5. PAS pernah bangkit menghunus senjata menentang kerajaan @ Ibrahim Libya.

6. PAS pernah menggelar PAK LAH dengan panggilan seperti imam hadhari dan sekaligus menyatakan UMNO telah memperkenalkan agama baru dalam islam.

7. PAS telah menyalahkan UMNO kerana tidak cuba menolong dalam kes Natrah yang dikatakan dipaksa murtad.

8. PAS seringkali menyatakan UMNO menggalakkan judi dan meminum arak.

9. PAS sanggup menghantar pejuang syahid ke mana-mana Negara islam yang ditindas di suatu masa dahulu.

10. PAS akan menghantar memorandum kepada mana-mana duta besar Negara yang dikatakan menghina islam.

11. PAS pernah melabelkan mana-mana pemimpin UMNO dengan nama-nama seperti ‘taukeh babi’ dalam kes babi.

12. PAS sanggup berdemonstrasi dalam memperjuangkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

13. PAS sanggup berdemonstrasi bagi menghapuskan ISA yang dikatakan tidak selari dengan prinsip islam.

14. Dan banyak lagi...

Begitu kuatnya azam PAS yang PAKCIK kenali dahulu...

Namun demikian, perjuangan PAS kini semakin menjadi keliru di pandangan rakyat.

isu-isu seperti :-

1. Ahli DAP membaca ayat suci al-quran semasa kempen PRK.

2. Cara Nizar-ria dan Anwar-iseng menghadiri majlis kematian orang bukan islam

3. Karpal songgeh ingin menyaman sultan

4. Ahli DAP menghina melayu

5. Ahli DAP menghina Islam

6. Isu arak Selangor

7. Isu Babi Kedah

8. Isu Wang Baitulmal negeri Selangor

9. Dan banyak lagi....

Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan PELIK dari TG Nik Aziz :-

1. Pergi jahanam UMNO

2. UMNO parti sesat

3. Tidak mahu bersatu dengan UMNO

4. Dan yang terbaru ... DAP tidak faham ISLAM, jadi tidak salah kalau hina ISLAM.

PAKCIK amat hairan dengan corak yang ditunjukki oleh PAS sejak berkawan dengan ‘rakan-riot’ mereka itu.

Padahal sudah terang-terangan mangkuk DAP sudah menghina islam..namun tiada kencaman serta demonstrasi diadakan oleh orang-orang PAS.

Adakah perkataan ‘ISLAM’ pada nama PAS itu sudah tidak memberi makna islam yang sebenarnya

BIARPUN HATI HEMPEDU ITU PAHIT, NAMUN DAPAT KU TELAN JUA. TETAPI PAHITNYA HATI PERUT DAN MULUT ITU, TIDAK DAPAT KU TELAN MAHU PUN MENGHIDUNYA.

0 ulasan: