Isnin, 12 Januari 2009

MELAYU TIADA TANAH – Tidur atas kubur



Orang melayu sedang sibuk berpolitik. Mereka telah lupa seketika tentang kesusahan yang telah, sedang dan akan dialami oleh bangsa mereka. Tumpuan mereka adalah untuk memenangi apa sahaja pertandingan merebut jawatan untuk menjadi Yang Berhormat (YB).

Mereka sedang sibuk mencari kesalahan pihak lawan masing-masing. Mengguna-pakai apa sahaja modal yang ada untuk menjatuhkan apa yang dipanggil musuh politik. MENANG DAN MENANG. Itulah motto hidup mereka selama ini.

Namun begitu, kita tinggal sekejap pilihanraya KT itu buat sementara dan kita lihat apa yang ingin saya tuliskan kali ini.

Beberapa hari lepas akhbar metro menyiarkan sekeluarga yang menjalani kehidupan di atas kubur cina. Sungguh hinanya bangsa melayu. Walau pun tanah ini kepunyaan orang melayu..tetapi bangsanya tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Dimana orang UMNO, di mana orang PAS dan di mana orang melayu dalam PKR? Malu dan sungguh malu. Satu keluarga orang MELAYU merempat di tanah MELAYU di atas TANAH kubur orang cina!!

PETIKAN AKHBAR METRO ( 08/01/09 )

Dia yang terpaksa menjadikan kawasan jirat Cina di Kampung Bakar Sampah, dekat sini, sebagai tempat tinggal sejak 20 tahun lalu, mendiami kawasan itu bersama ahli keluarga akibat kesempitan hidup dan kesukaran mendapatkan rumah lebih selesa.

Saya dan penduduk lain pernah memohon rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dua tahun lalu, namun hingga kini belum mendapat sebarang jawapan daripada pihak berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rokiah adalah antara kira-kira 300 penduduk daripada 50 keluarga yang sebahagiannya terpaksa mendirikan rumah di ruang kosong atau di celah jirat semata-mata untuk mendapatkan tempat berlindung biarpun menyedari kawasan itu tidak sesuai didiami selain terdedah kepada masalah sosial.

Zuzairi berharap pihak berkuasa tampil menyelesaikan masalah penduduk dan menimbangkan semula permohonan rumah PPRT yang sudah dipohon mereka.

Di mana dan ke mana semuanya pemimpin bangsa melayu dari peringkat akar umbi sehingga kepada pucuk yang tinggi. Sudah 20 tahun keluarga ini hidup segan mati tidak mahu. Merintih di bumi sendiri. Apa yang mereka telah lakukan kepada bangsa melayu ini??

Itu baru sahaja satu kes yang terpencil (tetapi besar maknanya).

Bagaimana pula dengan tanah-tanah yang diberikan percuma kepada bangsa lain demi kepentingan politik. Seperti apa yang berlaku kepada Kerajaan Perak yang bodoh itu? 999 tahun. Lama ke sekejap?

Bagaimana pula dengan tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan kepada peniaga-peniaga kaum lain? Genting..Cameron..Pulau Pinang..Kuala Lumpur..bla..bla..

Bagaimana pula dengan tanah-tanah yang diberikan untuk penanaman?

Bagaimana pula dengan tanah-tanah yang diberikan untuk mendirikan rumah?

Cuba bayangkan, jika satu (1) ekar setiap tanah-tanah milik bangsa melayu ini dikikis dan di berikan atau dianugerahkan kepada bangsa lain. Jika sejuta orang..maknanya bangsa melayu akan kehilangan tanah sebanyak sejuta ekar. Jika sepuluh juta, seratus juta orang bagaimana?

Itu kita bercakap jika tanah itu diberi secara ANUGERAH (kononnya) dan secara halal (kononnya). Bagaimana pula dengan tanah-tanah bangsa melayu yang diduduki dengan secara yang haram? Banyak juga kan..

Adakah ada dikalangan pemimpin melayu kini mencongak-congak dalam kepalanya apa akan jadi kepada bangsanya untuk jangkamasa 10 tahun nanti? Bagaimana dengan 50 tahun nanti? Bagaimana dengan 100 tahun nanti? Bagaimana dengan 1000 tahun nanti? Dimana dan kemana kedudukan orang melayu pada masa itu?

Apa akan jadi kepada bangsa melayu nanti? MERAYU DI BUMI SENDIRI? Seperti rakyat Palestin yang dibunuh dan dihalau sesuka hati? Atau akan ramai bangsa melayu yang akan tinggal di atas tanah perkuburan? Atau yang paling ditakuti adakah orang melayu nanti akan tinggal dalam tanah yang digali seperti kuburnnya sendiri?

PEMIMPIN melayu UMNO..PEMIMPIN melayu PAS..PEMIMPIN melayu PKR..PEMIMPIN melayu BEBAS..lihatlah bangsamu yang sedang merana di bumi sendiri.




Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

0 ulasan: