Perpecahan demi perpecahan dalam kalangan
kaum melayu semakin menjadi-jadi. Melayu berpecah kerana perbuatan pemimpin
melayu yang tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya tidak layak
menjadi pemimpin.
Bermula di zaman Tun Dr Mahathir, perpecahan
melayu menjadi lebih ketara dalam peristiwa pertandingan merebut jawatan nombor
satu dalam UMNO yg ketuai oleh Tun Dr Mahathir sendiri (Team A) dan YM Tengku
Razaleigh Hamzah (Team B). Perpecahan menjadi lebih parah apabila berlaku
kegilaan untuk menjadi Perdana Menteri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpecahan ini tidak berhenti di situ
sahaja. Ianya ditambah lagi dengan pembentukan parti-parti minority kaum melayu
seperti Parti Kita (di ketuai oleh Datuk Zaid Ibrahim – kini telah meletak
jawatan), Parti-parti bebas dan sebagainya.
Kaum melayu kini seakan-akan merelakan akan
perpecahan itu terjadi dan mereka tidak perlu merasa bimbang sekiranya majority
mereka mengecil di suatu masa nanti. Mereka tidak perlu memikirkan akan kehilangan
segala keistimewaan yang selama ini diperolehi hasil perjuangan dan susunan
pemimpin melayu lama ke atas kepentingan mereka di tanah tumpah darah ini asalkan
pemimpin yang menjadi pujaan mereka dapat menduduki kerusi tertentu di dalam
kekuasaan Negara ini. Biar racun sekali pun mereka akan tetap meminumnya tanpa
berfikir panjang demi memuaskan nafsu untuk melihat pemimpin opportunis mereka
menjadi orang penting dalam arus kekuasaaan.
Semua sedia maklum (kecuali bagi mereka
yang taksub), kewujudan Parti Keadilan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar adalah
semata-mata untuk melihat beliau menjadi Perdana Menteri. Padahal beliau
dipecat seluruh jawatan dari kerajaan dan parti kerana masalah yang beliau
sendiri cipta semasa bersama UMNO.
Perasaan kecewa Datuk Seri Anwar bukan
berhenti di situ sahaja. Berbagai masalah dicipta oleh beliau bagi menyakinkan
rakyat jelata bahawa beliau dianiaya dan dengan maksud lain beliau dinafikan
hak untuk menjadi Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia.
Menyedari partinya tidak mampu untuk
bergerak sendirian maka diajak pula Parti PAS (yang masih hilang arah
perjuangan sehingga kini) dan DAP untuk bergabung menentang Barisan Nasional
(BN) yang selama ini bekerja keras membangunkan Negara ini. Berjuang sama ada
secara halus atau pun secara kasar agar cita-cita bersama mereka untuk
menduduki Putrajaya yang selama ini di cemuh oleh mereka semasa pembinaannya.
Untuk menampakkan beliau lebih Liberal
terhadap semua kaum, maka Datuk Seri Anwar rela memberi muka kepada DAP dan
kaum lain (khususnya cina dan india) untuk mencerca kaum melayu yang
majoritinya berada dalam Parti UMNO. Disini sudah jelas (bagi yang hendak
berfikir) perjuangannya tidak akan memberi keuntungan kepada kaum melayu sama
sekali. Tindakkannya itu sudah pun bertentangan dengan dasar dan prinsip yang
diperjuangkan oleh UMNO selama ini.
Namun apa yang paling menghairankan,
panggilan Datuk Seri Anwar itu disambut dengan penuh yakin oleh Parti PAS yang
kononnya memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa. PAS yang selama ini
berjuang bersendirian telahpun bersetuju apa sahaja dengan aliran pemikiran
Datuk Seri Anwarb yang sememangnya merugikan bangsa melayu dan agama islam itu
sendiri.
PAS yang amat ortodok terhadap kepentingan
agama dan bangsa telah menjadi pak turut dan pak angguk kepada Anwar dan DAP tanpa
berhenti sebentar memikirkan adakah langkah yang diambil itu akan memberi
keuntungan kepada agama dan bangsanya sendiri.
Jika dahulu semakin ramai yang yakin dengan
perjuangan PAS, tetapi ianya sedikit sebanyak terhakis semenjak pergabungan
tersebut. Ramai dikalangan taksub PAS mula berfikir serta mempersoalkan adakah
betul atau salah arah tuju parti mereka sekarang.
Melayu UMNO, melayu PAS, melayu PKR, Melayu
BEBAS.
Punca perpecahan adalah untuk mendapatkan kuasa
tetapi mereka lupa kuasa yang akan diperolehi perlu dikongsi dengan bangsa lain
dan sudah pasti parti yang dominan dalam satu-satu pakatan akan menjadi kepala
kepada kuasa tersebut.
Namun keadaan ini berbeza pada perikatan
antara UMNO-MCA-MIC yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN). Di dalam BN,
Parti UMNOlah yang menjadi dominan dan arah tuju kerajaan banyak ditentukan
oleh UMNO. Bagaimana pula dengan pemimpin dalam parti Pakatan Rakyat (PR)
gabungan antara PKR-DAP-PAS?? Siapa yang akan menjadi lebih dominan dari
ketiga-tiga sayap tersebut?? Parti mana yang lebih melayu diantara ketiga-tiga
parti tersebut?? PKR sudah tentu tidak. DAP sudah tentu tidak. Sekiranya PAS
mempunyai melayu islam yang ramai, adakah majority ahli parlimen PAS lebih
ramai di dalam pakatan tersebut?? Fikirlah sendiri.
Amat malang sekiranya kuasa yang dipegang
oleh melayu ( dalam UMNO) direbut dan diberikan kepada orang lain yang tidak
tahu kemana arah tuju mereka. Amat malang jika melayu yang masih nanar masih
tidak mahu mengerti bahawa hak mereka sebenarnya akan diambil secara halus oleh
bangsa lain sekiranya mereka sengaja memilih untuk membuang UMNO (orang melayu)
itu sendiri.
Bagi parti UMNO pula (merujuk kepada
keadaan semasa), sekiranya mereka benar-benar berjuang untuk kepentingan orang
melayu dan islam, buktikanlah seadanya dan carilah jalan yang sebaiknya untuk
menarik semula orang melayu kearahnya agar perpecahan demi perpecahan bangsa
melayu tidak menjadi parah nanti. UMNO parti harapan orang melayu perlu lakukan
sesuatu agar kepercayaan orang melayu dikembalikan dan sekaligus penolakkan
terhadap parti PKR dan PAS oleh bangsa melayu itu sendiri.
Kejayaan UMNO dalam menyatukan bangsa
melayu akan sekaligus mengekalkan UMNO sebagai parti tunggal bagi orang melayu
untuk bernaung buat selamanya disamping menjamin kepentingan orang melayu untuk
jangka masa yang panjang di kemudian hari.