ADAKAH PAS MASIH DITERIMA DI KELANTAN?
Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Itulah ungkapan yang paling sesuai digambarkan kepada pentadbiran PAS KELANTAN di waktu ini. Perubahan pada pemikiran, penerimaan dan tindakbalas rakyat Kelantan terhadap kerajaan pas negeri sudah pun berubah.
Sudah ada tanda-tanda penolakkan dari rakyat bawahan atau akar umbi terhadap mereka. Suara-suara lantang sudah mula kedengaran. Seakan-akan kesalahan PAS sudah tidak boleh didiamkan dan tidak dapat diMAAF- kan oleh mereka.
Satu persatu kelemahan pentadbiran mereka terdedah dan didedahkan kepada pengetahuan umum. Jika sebelum ini ianya tidak kelihatan pada mata kasar atau tidak kedengaran pada telinga rakyat, tetapi kini dalam dunia serba canggih ini, maklumat tersebut boleh sampai ke telinga rakyat yang berada di hujung kampong tidak sampai satu minit sahaja.
Isu-isu semasa yang mencengkam pentadbiran PAS Kelantan amatlah rumit untuk diselesaikan. Isu yang kelihatan semakin parah dan tidak mungkin dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat. Isu yang terjadi akibat dari kelemahan pentadbiran yang telah lama memburuk di dalam negeri Kelantan.
Antara isu besar yang sedang dihadapi oleh PAS Kelantan adalah seperti berikut :-
1) ISU LADANG RAKYAT
Isu ini telah lama menghantui pemikiran rakyat Kelantan terutamanya bagi mereka yang berada di HULU KELANTAN seperti GUA MUSANG, KUALA KRAI dan JELI.
Ladang rakyat merupakan salah satu usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dalam mendapatkan sumber pendapatan negeri dengan cara memaksimumkan penggunaan tanah-tanah rezab kerajaan. Tanah-tanah tersebut adalah diliputi oleh hutan belukar dan tidak dimiliki sesiapa.
Hutan belukar yang telah ketiadaan kayu balak. Penebangan kayu balak dilakukan pada tahun-tahun 90an.
Kerajaan negeri telah melantik beberapa syarikat dari luar negeri Kelantan untuk menjalankan projek tersebut. Syarikat-syarikat dari kedah, perak dan sebagainya.
Namun, malangnya apabila kebanyakkan syarikat luar tersebut adalah terdiri daripada orang cina yang tidak mengenali hati budi masyarakat orang Kelantan.
Mereka dengan tamaknya melupuskan segala hasil tanaman rakyat seperti kebun getah, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kebun yang telah lama diusahakan oleh rakyat. Ada yang sudah mencecah 40 tahun, 30 tahun dan sebagainya lagi.
Kebun yang mengeluarkan hasil kepada mereka dalam menjalani kehidupan seharian, menyara anak-anak sekolah dan sebagainya. Semuanya menjadi gondol setelah kontraktor ladang tersebut memasukki kawasan yang telah mereka terokai.
Tiada perbincangan yang tidak berat sebelah dilaksanakan oleh pemimpin pas negeri. Mereka hanya meluluskan kawasan dan terserah kepada kontraktor tersebut untuk melaksanakan yang selebihnya.
Walau pun terdapat seruan dari ketua-ketua kampong untuk berbincang dengan pemimpin, tetapi ianya tidak dilayan sama sekali dan dalam masa yang sama, kontraktor ladang dengan rakus membaham kebun-kebun yang telah diusahakan.
Keadaan ini menjadi getir apabila penduduk naik berang dengan perlakuan tersebut dan berlakulah kejadian seperti membakar jentolak, menampar dan menumbuk pekerja ladang dan keadaan hampir parah apabila ada penduduk yang mahu menetak atau menembak sesiapa sahaja yang memasuki kebun yang diusahakan oleh mereka.
Apa tindakan pemimpin pas negeri??? Mereka menghantar Timbalan Ketua polis negeri untuk menangkap penduduk yang telah membuat tindakan tersebut. Namun, atas kesepakatan ramai penduduk, jika polis ingin menangkap pemimpin mereka, lebih baik pihak polis menangkap keseluruhan penduduk kampong tersebut. – sila rujuk kenyataan penduduk KAMPUNG SERIAN BATU 11, KG LIMAU KASTURI dan KG BARU STAR, gua musang. Pihak polis tidak membuat tangkapan tetapi menasihati penduduk agar lebih bersabar dan bertindak mengikut saluran yang betul.... SALURAN BETUL????
Pemimpin PAS juga telah menghantar beberapa individu yang kononnya samseng taik minyak (kroni-kroni PAS yg mendapat habuan dalam pembahagian tanah di kawasan tersebut) dalam menangani perkara tersebut. Walaupun demikian, samseng tersebut telah di beri amaran oleh penduduk agar jangan mencampuri urusan penduduk jika tidak mahu pertumpahan darah berlaku diantara mereka dengan penduduk.
Untuk pengetahuan semua, samseng-samseng yang disebut tadi adalah terdiri daripada mereka yang mendokongi perjuangan PAS dan mereka juga mendapat berpuluh-puluh ( 50 ekar sehingga 100 ekar seorang ) tanah rampasan di kawasan tersebut.
Inikah perjuangan islam yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin PAS??? Adakah ini cara terbaik sekali yang dapat dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS terhadap rakyat??? Apa beza yang diguna pakai oleh pemimpin PAS dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin YAHUDI terhadap rakyat Palestin?? Dimana letaknya nilai-nilai islam dalam diri pemimpin-pemimpin PAS??
Selain itu, terdapat juga bebera kerat pemimpin PAS peringkat cawangan yang menyalahguna kedudukan dan hubungannya dengan exco negeri dalam mendapatkan bahagian masing-masing.
Pemimpin-pemimpin kecil ini memperbodohkan orang kampong dengan mengambil salinan kad pengenalan dan menjanjikan akan pemberian tanah kepada mereka. Namun, apa yang berlaku sebaliknya.
Pemimpin kecil ini akan menyerahkan nama-nama tersebut kepada exco bagi cadangan mendapatkan seberapa banyak ekar bagi melaksanakan projek ladang berkelompok dengan disertai oleh penduduk-penduduk kampong. - sila rujuk kepada penduduk KG SERIAN BATU 11, GUA MUSANG.
Namun demikian, itu adalah sebagai silap mata mereka untuk mengabui penduduk kampong dan pihak berkuasa tempatan. Setelah permohonan mereka diluluskan, tanah-tanah tersebut bukannya diusahakan bersama tetapi ianya menjadi milik tunggal pemimpin kecil PAS tersebut. Jika lima enam ekar tidak mengapa..tetapi jika sudah mencecah ratusan ekar, ianya menjadi sesuatu yang luar biasa. Rakyat mengigit jari tetapi pemimpin PAS menjilat jari. Dimana letaknya islam mereka ini...hanya ALLAH swt sahaja yang mengetahuinya.
Penduduk kampong bagaikan JATUH DITIMPA TANGGA. YANG DIKENDONG KECICIRAN DAN YANG DI KEJAR TIDAK DAPAT....tanah yang dijanji dan diharapkan itu tidak dapat, manakala tanah yang telah diusahakan selama berpuluh tahun hilang sekelip mata.
Hilangnya kebun mereka...hilangnya punca rezeki mereka. Apa pula akan jadi kepada anak mereka??? Cucu cicit mereka??? Adakah pemimpin PAS Kelantan berfikir tentang ini??? Mereka telah dizalimi dan ingatlah...DOA orang yang dizalimi akan dimakbulkan oleh ALLAH swt.
Keadaan ini sungguh mengharukan diri saya sendiri. Kerana hari ini, Seorang penduduk yang begitu kuat dengan doktrin pas sejak saya belum lahir lagi telah menyumpah-nyumpah kepimpinan PAS (termasuk tok guru) berkenaan hal ini. ALLAH MAHA BESAR DAN ALLAH MAHA MELIHAT.
2. ISU AIR KELANTAN (AKSB)
Semua sedia maklum bahawasanya isu air ini juga menjadi barah terhadap kemimpinan PAS KELANTAN diwaktu ini. Isu yang berlarutan dan tidak mungkin dapat diselesaikan dalam jangka masa terdekat yang juga mungkin akan menjadikan kekalahan PAS di Kelantan pada PRU nanti.
Isu ini bukanlah melanda sesetengah bahagian atau daerah di negeri Kelantan. Ianya meliputi keseluruhan negeri Kelantan. Dari Gua Musang sehinggalah ke Tumpat dan Bachok.
Tempat yang paling kritikal seperti PASIR PUTEH, KOTA BHARU, BACHOK dan TUMPAT.
Bagi daerah gua musang, jeli dan kuala krai keadaannya tidaklah seteruk daerah-daerah yang dikatakan kritikal tadi. Kerana daerah-daerah tersebut masih lagi tidak dibekalkan dengan paip-paip kerajaan( kecuali di pusat-pusat Bandar sahaja ).
Kampong-kampung di pendalaman biasanya masih lagi bergantung harap kepada air bukit (tandak) yang menyalur terus air dari puncak bukit ke rumah-rumah (tanpa tapisan dan rawatan yang sepatutnya). Dengan demikian, mereka tidak merasa sangat akan masalah tersebut.
Mereka mungkin menghadapi masalah bilamana hujan yang berterusan yang menyebabkan air bercampur dengan bendasing-bendasing, pasir dan kemungkinan keruh jika kegiatan pembalakkan dilakukan di kawasan sekitar punca bekalan tersebut.
Berlainan pula dengan rakyat yang berada di kawasan kritikal yang disebut tadi. Mereka ini bergantung sepenuhnya kepada bekalan air dari kerajaan negeri melalui syarikat air Kelantan (AKSB)
Bayangkan jika air paip terputus selama beberapa minggu. Betapa susahnya kehidupan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan. Kena pula bila tibanya musim panas.
Rata-rata mereka yang bekerja di kebun sayur, kebun tembakau, dan sebagainya yang ingin menyiram tanaman mereka, bersuci bila pulang, membasuh pakai kotor dan sebagainya lagi.
Mereka yang bekerja di pejabat, hospital, bomba dan sebagainya lagi sudah pasti menghadapi kesusahan jika keadaan ini berterusan. Adakah mereka sanggup untuk mempertahankan kerajaan yang sudah nyata menyusahkan hidup mereka???
Kemuncak kemarahan rakyat apabila sebilangan penyokong tegar doktrin PAS cawangan di PASIR PUTEH telah keluar dari parti dan menyertai UMNO.
Rata-rata orang menyebut bahawa kawasan tersebut merupakan kubu kuat PAS sejak dahulu lagi (sejak pas mengambil-alih pemerintahan kerajaan negeri). Penduduk di situ tidak pernah membenarkan sama sekali UMNO menjejak kaki atau bersuara di kawasan tersebut!!!
Namun, disebabkan oleh kegagalan ini mereka telah berpusing 180 darjah dan meninggalkan PAS. Mereka dengan sendiri menghulukan tangan persaudaraan dengan orang-orang UMNO dan secara terbuka memohon maaf kepada pihak UMNO yang selama ini dipandang hina oleh mereka.
Juga di PASIR PUTEH, satu demonstrasi telah diadakan bagi menyerahkan memorandum kepada AKSB dan kerajaan negeri tentang hal ini.
Rakyat sudah membuka mata dan merasa sendiri betapa pahitnya hidup jika bertuankan kerajaan yang tidak pandai mengurus kerajaan yang diamanahkan.
Sehingga hari ini artikel ini ditulis, masalah air masih berterusan dan dijangka akan menjadi mimpi buruk kepada kerajaan PAS NEGERI pada PRU nanti.
Seperti yang diperkatakan oleh bijak pandai ekonomi, masalah air ini akan menjuruskan kepada kemerosotan pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan itu sendiri.
Pelabur-pelabur luar tidak akan berani untuk melabur atau membuka pejabat pengurusan mereka di negeri ini jika masalah ini dibiarkan berterusan.
Pelabur-pelabur sedia ada terpaksa menghentikan operasi mereka manakal kilang-kilang sedia ada ditutup atau bakal ditutup dan ini sudah pasti akan merugikan kerajaan negeri dan sekaligus menyebabkan anak-anak tempatan hilang pekerjaan.
Nasib peniaga-peniaga kedai makan atau kedai kopi yang tidak terjamin. Ramai dikalangan wanita melayu Kelantan berniaga di digerai atau kedai kecil terpaksa menutup operasi kerana tidak dapat berbuat apa-apa terhadapnya.
Tahap kebersihan akan menurun dan ini akan mendedahkan rakyat kepada penyakit kulit atau penyakit berjangkit lain.
Sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI...di dalam mesyuarat bahagian PAS sendiri perkara ini dibahaskan secara serius oleh perwakilan PAS di peringkat bawahan dan atasan.
Tunding menunding di antara satu sama lain telah berlaku di dalam mesyuarat tersebut dan tiada kata putus dan jaminan yang dapat diberikan oleh perwakilan terhadap luahan pemimpin kecil mereka.
Isu ini bukanlah menjadi isu politik antara UMNO dan PAS lagi. Tetapi ianya sudah menjadi isu rakyat yang telah tersepit di tengah-tengah. Isu yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan pemimpin-pemimpin PAS yang telah gagal dalam pentadbiran mereka.
Kebangkitan bukan sahaja dari pihak penyokong UMNO sahaja, tetapi dari dalam PAS itu sendiri yang tidak dapat menahan cercaan dan hinaan rakyat lain terhadap mereka.
PAS harus sedar dan membuka mata bahawa rakyat kini telah sedar bahawasanya slogan-slogan berunsur agama tidak akan membawa mereka kemana. Mereka mahukan kehidupan yang selesa dan sejahtera untuk mereka mencari rezeki dan melakukan ibadat kepada Allah swt.
Bagi mereka, lebih baik tiada kerajaan jika kerajaan sedia ada tidak mampu untuk memberikan apa-apa kepada mereka.
DIMANA LETAKNYA PERJUANGAN ISLAM YANG DIJUNJUNG JIKA AMANAH SEMUDAH INI TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SENDIRI?
3. ISU PENIAGA MPKB & UDA
Isu ini bermula pada 2008 bilamana tok guru Nik Aziz berjanji untuk memberikan satu ruang niaga yang lebih selesa dan berpatutan kepada peniaga-peniaga tersebut.
Janji tersebut dibuat bagi menyaingi manifesto UMNO Kelantan yang ingin memartabat dan menyusun semula golongan peniaga tersebut.
Perjanjian asal yang diberikan adalah; peniaga akan diutamakan untuk berada di ruang bawah dan harga berpatutan (RM40k)setiap lot akan diberikan.
Namun demikian, keadaan menjadi tegang apabila peniaga-peniaga tersebut menyedari mereka telah diperdaya secara tidak langsung oleh kerajaan negeri.
Mereka menyedari ditipu bilamana mereka dimaklumkan akan ditempatkan di tingkat atas dan bukannya di tingak bawah sekali, harga bagi satu lot kedai terlalu jauh dari janji sebelum ini iaitu sebanyak RM80k sehinga RM90k ( RM1,600k – RM 1,700k sekaki persegi ) dan ini juga tidak berpadanan dengan keluasan LOT yang dimaksudkan.
LOT asal yang dijanjikan adalah seluas 3.04 x 3.65 meter persegi tetapi yang diberikan adalah seluas 1.82 x 2.40 meter persegi.
Peniaga juga mendakwa mereka telah beberapa kali menghantar surat kepada wakil kerajaan negeri untuk berbincang mengenainya dan ianya ditolak mentah-mentah oleh pemimpin-pemimpin tersebut. Mereka boleh dikatakan seupama melontar batu sembunyi tangan.
Walau pun ada sekali perbincangan dilakukan diantara mereka dengan wakil kerajaan PAS ( Dato’ Timb. Menteri Besar)..tetapi ia bukanlah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi secara islamik tetapi ia mengeruhkan lagi keadaan. Kata-kata peril yang terkeluar dari mulut wakil kerajaan dan kata-kata seperti ‘BODOH’ kepada peniaga amat mengguris hati mereka.
Adakah ini caranya seorang yang dilihat menjunjung perjuangan islam menunjukkan rupanya yang sebenar??
Cerita-cerita seperti kerajaan negeri terpaksa menampung lebihan kos sebanyak RM23 juta bagi menutup malu tok guru Nik Aziz, perjanjian berat sebelah antara PMBK dengan kontraktor SENSATIMUR, pembohongan tentang ketidakselamatan bangunan lama MPKB oleh pemimpin PAS, dan berbagai lagi yang telah membuka pekung tentang kelemahan pengurusan oleh pemimpin PAS yang mendakwa menjunjung slogan NEGERI BERKEBAJIKAN.
Kata-kata para peniaga amat menusuk hati seperti berikut: “semasa kami menghadapi masalah ini, tiada seorang pun wakil rakyat parlimen kota bharu yang datang berjumpa dengan kami, sedangkan mereka mewakili parti yang memerintah negeri ini. Mereka perlu ingat mereka dipilih oleh rakyat. Kami generasi peniaga yang tahu adat dan hokum perniagaan, janganlah menghina peniaga kecil, seolah-olah kami meminta sedekah”.
Perniagaan adalah sunnah nabi. Junjungan nabi adalah seorang peniaga yang penuh amanah dan dikasihi oleh usahawan khadijah. Kerajaan PAS seharusnya sayang para peniaga seperti mana khadijah menyanyangi Nabi Muhammad saw.
4. ISU RUMAH MAMPU MILIK & KEMUDAHAN INFASTRUKTUR.
Isu ini tidak memberi impak yang besar kepada kepimpinan PAS negeri kerana ianya tidak langsung ‘memberi kesusahan’ kepada rakyat jelata.
Kebanyakkan rakyat Kelantan mempunyai rumahnya sendiri mengikut kemampuan masing-masing. Biarpun uzur dan daifnya rumah mereka, mereka tetap mendiaminya.
Namun demikian, dengan perubahan zaman ini...terdetik dihati rakyat alangkah bagusnya jika mereka dapat menduduki satu rumah yang lebih selesa sedikit dari apa yang telah mereka duduki selama ini.
Harapan tersebut menjadi kenyataan bilamana agensi-agensi kerajaan pusat mengambil tanggunjawab terhadapnya. Terlalu banyak rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar telah diberikan rumah percuma (rumah PPRT) oleh kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan.
Begitu jua dengan skim rumah mampu milik yang pertama kali dilancarkan oleh kerajaan persekutuan di Gua Musang semasa pilihanraya GALAS baru-baru ini yang meliputi 1000 unit rumah dan juga 1000 unit PROJEK PERUMAHAN PENEMPATAN SEMULA NELAYAN di TOK BALI yang hampir siap sepenuhnya.
Begitu juga dengan kemudahan infrastruktur lain seperti jalan raya, masjid, balai raya, elektrik, telekomunikasi dan sebagainya. Kepimpinan PAS negeri berada dalam zon selesa kerana kebanyakkan kemudahn-kemudahan tersebut dilaksanakan oleh kerajaan pusat melalui agensi-agensi mereka seperti KESEDAR, RISDA, KEMUBU, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), LKIM, LKM dan sebagainya lagi.
Melalui JPP sahaja, kerajaan pusat memperuntukkan hampir 90 Juta (selama 3 tahun – 2008, 2009 & 2010) untuk menyediakan kemudahan-kemudahan seperti jalan kampong, membaiki masjid, menyediakan latihan, dan sebagainya lagi.
Jika dikira bedasarkan peruntukkan yang disalurkan kepada agensi-agensi yang disebut tadi, ianya mencecah BILLION RINGGIT dan sebagai rakyat Kelantan seharusnya bersyukur kerana kerajaan pusat masih tidak membiarkan rakyat negeri Kelantan terbiar dari arus pembangunan Negara.
Jumlah tersebut melangkaui jauh dengan apa yang telah kerajaan negeri peruntukkan untuk kemudahan rakyat negeri ini.
Baru-baru ini YM SULTAN KELANTAN V telah pun bertitah agar kemudahan infrastruktur negeri dipertingkatkan agar dapat memberi keselesaan kepada rakyat Kelantan dan ini sekali gus memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri yang selama ini mengambil sikap sambil lewa terhadap kewajipan ini.
5. PELUANG PEKERJAAN
Budaya rakyat Kelantan yang tidak boleh diterima pakai zaman sekarang adalah pergi mencari kerja di luar Kelantan dan berpusu-pusu atau bersesak-sesak pulang apabila tibanya waktu cuti umum dan hari raya.
Jika dahulu ibu bapa berbangga anaknya bekerja di luar negeri Kelantan, tetapi sejak mereka berdua ini tua dan tidak larat untuk bekerja, maka mereka mengharapkan anak-anak mereka berada dekat dengan mereka.
Ramainya anak Kelantan yang merantau mencari kerja di negeri orang. Mendapat limpahan rezeki di negeri orang dan bukannya di negeri sendiri. Adakah negeri ini dilaknat oleh Allah swt sehinggakan rakyatnya sendiri berpecah dan berterabur mencari rezeki di negeri lain???
Sesungguhnya Allah swt tidak menzalimi manusia selain diri sdiri yang melakukannya. Sesungguhnya manusia akan dapat apa yang mereka usahakan.
Dimanakah letaknya tanggungjawab pemimpin-pemimpin PAS negeri dalam isu ini?? Dimana letaknya tanggungjawab kerajaan negeri dalam isu ini??
Saban tahun ada sahaja anak Kelantan yang menghabiskan alam persekolahan sama ada di peringkat rendah, menegah, sijil, diploma, ijazah, sarjana dan juga PHD...kemana mereka semua???
Adakah usaha kerajaan negeri dalam menyediakan tempat-tempat untuk mereka mendapatkan rezeki di negeri sendiri??
Banyak lagi kelemahan, keburukan serta tanda Tanya rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri Kelantan dibawah PAS. Rakyat sudah melihat yang buruk dan yang tidak dapat melihat yang mana baiknya jika mengekalkan PAS sebagai kerajaan di negeri Kelantan.
Keadaan ini amatlah genting bagi kerajaan pas Kelantan dan kemungkinan mereka akan ditolak pada PRU akan datang oleh rakyat Kelantan adalah amat besar sekali.
Mereka ditolak bukanlah disebabkan oleh propaganda atau perbuatan UMNO sendiri, tetapi kerana disebabkan oleh kegagalan mereka sendiri dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemerintah atau kerajaan.
SELAMA 20 TAHUN RAKYAT KELANTAN MEMBERI KEPERCAYAAN TETAPI AKHIRNYA KESUSAHAN YANG MEREKA DAPAT.
SESUNGGUHNYA DOA ORANG YANG DIZALIMI AKAN DITUNAIKAN OLEH ALLAH SWT.